Followers

Wednesday, March 23, 2011

Nak cari kerja..

Selamat Petang..urmm..tiba2 je risau pasal kerja..yelah aku ni bukan bekerja tetap pon hanya sambilan je di pejabat kerajaan ni,Nak 3 tahun aku berkhidmat disini tapi aku tau diorg memang tak akan serap tetap.Kadang-kadang bila aku tengok keadaan sekeliling yang bila dah ada kerja bagus tapi buat main-main,selalu cuti dan sebagainyalah,agaknya sebab gov ni susah nak buang orang jadi diorg tak amik kisah sangat kot.

Sekarang  ni bukan aku nak bercerita mengenai diorg tu tapi pasal 'AKU'.Erm..bulan 11 ni perkhidmatan aku dekat sini dah habis,agak2nya masa tu aku dah dapat kerja ke belum ye??risau jugak bilak dingat2 kan..aku berusaha mencari kerja macam-macam permohonan aku dah mintak tapi belum rezeki aku agaknya satu panggilan temuduga pon aku tak dapat lagi..rasa sedihlah jugak..aku ni tak layak ke ek??urmm..

Hari sabtu ni kat PWTC ada Job Fair jadi aku nak mencuba nasib disana..manalah tau kot2 ada jodoh aku kat sanakan.Mana tau kuasa allah kan..bak kata orang 'tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu'hahaha..berbahasa pulak aku kan.Pape pon aku akan cuba yang terbaik ok dan doa2 kanlah ye..

p/s:sebenarnya aku ni paling takut bila nak pergi interview rasa macam tak yakin je tau..hahah

2 comments:

diya jamal said...

satu kapal la kita.
alangkah bagusnya kalu gov senang buang kerja. bagi kat org yg main2 jek :(

Meteoragurlz said...

ohh..yeke?huhu..rasa terseksa kan..tp bila dah dpt kerja main2 tu yg x best..