Followers

Friday, October 28, 2011

akhirnya menjadi jugak!!!!

                              
Sejak 2 3 menjak ni kan aku tiba-tiba dengan rajin nye mengolah+mengcute+mengcantikkan blog aku yang tomei ni..hahaha..kalau tiba-tiba korang rasa menyampah pangkah jelah ye..hehehe..Jadi tadi aku nak letak floting button dan mengoggle lah kan,cari punya cari jumpa satu blog ni dan hampir-hampir 2 jam jugaklah aku bertungkus lumus berkorban penat lelah bagi menjayakannya tapi dah sampai 3,4 kali aku buat tak jugak jadi2,dengan rasa kecewa aku pg kat blog lagi satu ni..pamm..aku buat sekali je terus jadi..pehhhhh..melonjak2 lah sekejap..hahaha..tapi aku tetap memperuntukkan kedua2 blog ni dalam blog aku..hahaha..kalau korang nak pg je kat blog adamxis atau kalau tak jadi jugak macam aku ni ha,korang boleh jenguk dekat  adik cute ni atau aku bagi sekali tutoriul nye ok.



1. Log in > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/Java Script

2. Copy code dibawah ni dan paste di ruang HTML/Javascript

 <style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='http://www.facebook.com/fhadzilah' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://twitter.com/Mizbungapink' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://meteoragurlz.blogspot.com/' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />


</div>

3. ok,kalau korang dah siap copy kan tulisan warna PINK tu , korang tukarkan lah dgn link korang k? 

* Yang warna MERAH = boleh tukarkan mengikut kesesuaian blog . Left boleh tukar menjadi Right !

*Bagi yang warna BIRU pula , korang boleh tukar dekat sini tak pon kalau korang nak biarkan je pon boleh..


Sekarang ni aku memang tersangat berpuas hati dengan keadaan blog aku yang baru ok!kalau korang kata tak cantik pon tak apa ada aku kisah???hahaha..sebab aku yang berpenat lelah mengupdate blog ni dan mengcantikkan,so korang apa lagi cepat2 lah buat ye..


p/s:terbalas jugak segala penat lelah..ewahh..ewahh..hahah.selamat mencuba

Monday, October 24, 2011

Jalan-jalan lagi

Assalamualaikum..

haii..di pagi isnin ni.dah sarapan ke??kalau belum tu baik-baik lah bawak pergi sarapan ye,penting tau makan pagi ni...ewah..ewah..doktor ke apa ni.huhuh..Bermula minggu lepas bos aku dah start cuti nak bersalin jadi macam tak berapa nak ada kerja lah kan,boring lah pulak..huhhu..hari sabtu lepas aku kuar jugak dengan Mr.dia ingatkan tak dapat jumpa yelah dia kan tak sihat,deman+selsema+batuk sampai suara pon dah tak ada sebab anak tekak dah bengkak.nasib baik dia sempat sihat sebelum jumaat..hahaha..dapat jumpa,yelah dulu boleh lah tiap2 hari jumpa sekarang ni seminggu sekali baru dapat jumpa..cian kan..huhuh

So hari sabtu macam biasa lah aku akan datang opis kalau aku rasa boring nak tunggu kat umah lama-lama,ala aku bukan claim pon saja-saja nak datang je.hhuhu..sejam lepas tu mr.dia aku pon sampai kali ni dia drive dari lipis terus ke K.l dan ktorgn lepak-lepak dulu main angry bird,apakah!!!biarlah nak main game pon..hahaha..dalam tengahari plak aku ikut mak ngn abah aku pergi kenduri kawin dekat bukit aman ni..alahai dekat sesangat dah kan..hehe..sementara tu Mr.Dia tunggu di opis,dah sampai sana makan-makan lepastu aku jumpa kawan lamaaaaaaaaaaaaaaaaa gila hampir 10 tahun tau tak berjumpa sejak aku berpindah dari umah lama aku tu baru sekarang dapat berjumpa,memang dah lain gila kawan aku tu.hehehe..diorg kata aku makin comel+kurus=aku tak caya bab kurus tu..hahahaha..tapi kawan aku 2 dia muda setahun lah dari aku kan tapi dah macam sebaya je kot..hahaha..rindu masa umah lama tau..

Dah lebih kurang sejam kat kenduri aku pon berpatah balik ke opis dan rehat2 kejap aku pon balik,ingat nak tengok wayang tapi macam tak de feel pulak jadinya ktorang g KLCC tapi ramai gila orang kat klcc tu sebab goment dah gaji kot kan..hahaha..lepastu ktorang makan pizza je.

nyum..nyum..
 lepas dah makan gerak pergi kedai buku,ingat nak cari buku pasal bakery tapi banyak macam tak menarik pulak.last ktorang pergi titiwangsa sebab dari minggu lepas-lepas Mr.dia ajak aku naik bot yang kat titi tu tapi tak jugak kesampaian...hahaha..bila dah dapat naik dia jugak lah yang paling excited..huhuh..layan jelah...
 

Thursday, October 20, 2011

Betul ke perkhabaran ni??

Assalamualaikum..

Sungguh sejuk dan dingan di pagi khamis ni kan,ada sesiapa yang berstatus pekerja kontrak bagi penjawat awam tak??Al maklum aku ni pon salah sorang pekerja awam yang bersatus kontrak/sambilan dah lebih kurang 2 tahun lebih lah tp bajet tahun lepas mengatakan pekerja sambilan akan ditamatkan pada bulan disember tahun ni,jadi lagi berapa bulan je 2 kan..sekarang ni bukan senang nak cari kerja kan,aku pernah lah pergi interview bape kali tapi belum rezeki lagi lah.

Pagi tadi akk kat opis aku ni dia bagi tau pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali CUEPACS akan memberi cadangan kepada PM supaya menyambungkan lagi kontrak paling lama 2 tahun lagi.Bgus jugak 2 aku dengar kan tak pon buat interview kepada untuk pekerja sambilan ni kalau ok serap jelah tetap ada jugak puas hati kan ni tak ada yg kerja dah 5 6 tahun tapi tetap berstatus sambilan.Kalau nak tau lebih lanjut aku ada copy kan disini lah ye.

Sumber : CUEPACS

CUEPACS MOHON KERAJAAN TIMBANG LANJUT PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK

Bernama
19/10/2011

KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Beliau berkata tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam tersebut yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu sahaja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan.

SAMBUNG KONTRAK PEKERJA

Sinar Harian
19/10/2011

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau menerima aduan dari pelbagai agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa semua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

Menurutnya, kakitangan terbabit dimaklumkan bahawa kontrak mereka yang bakal tamat penghujung tahun ini tidak disambut seperti biasa.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dan menyambung semula kontrak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir taklimat isu semasa dan dialog di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Omar berkata, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka yang terlibat.

“Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka untuk tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi kerana kebanyakan penjawat awam ini berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti dari kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang gred 41 iaitu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat dan staf kontrak dari Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

“Saya bimbang jika kontrak kakitangan ini tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga,” katanya.
 
P/S: aku harap kenyataan lah ye permohonan ni.Haaa..pagi tadi kan muka aku kuar tv dekat MHI tp tak sempat nak tengok lah..haahah

Tuesday, October 18, 2011

Kena interview ke???

gambar minggu lepas
Assalamualaikum...


Hari ni macam biasalah kan opis aku sunyi sepi sejak semalam sebab mereka2 terlibat dalam menguruskan satu majlis persaraan Tim.Pengarah dekat opis aku ni ha tp besok diorang dah ada balik tak best lah tapi bos besar tak ada lagi lah kan..hehe..Sampai je opis aku tengok kawan2 aku tengah melantak nasi goreng ayam,pehh mmg terbaik lah kan,aku pon ingat nak beli benda yg sama gaklah tp ada cc kat seksyen lain tya ktorg nak pg perhimpunan kementerian ke tak dan disebabkan ktorg mempunyai masa banyak jadi ktorang pon saje2 je nak pergilahkan..sampai je sana dalam 9 lebih kot,ikutkan start awal 8.30 tp dah ktorg pon tau lambat memang sampai lambat lah,setibanya disana ktorg tya guard kat situ dia suruh turun dekat dewam kristal,elok nak turun je ada lah mamat 2 tya nak pg mna?ktorg jawablah nk g perhimpunan kan,dengan eloknya dia cakap tak boleh masuk sebab menteri dah sampai!!pehhhh..punyalah angin,mna tak nye ktorg ni semangat lah nak pergi kan+nak tgk opis KPKT baru alik2 tak dapat masuk...kejam..kejam..


Pikir punya pikir ktorang pon cadang balik jelah sebelum tu ktorang pergi singgah makan jap,yelah diorg semua dah makan pagi aku je belum lagi jadi diorang teman aku jelahkan..hehehe..klakar pon ada angin pon ada yelah bukan salah ktorang pon sebab memang dah tau lambat kan tapi nak buat macam mana terima jelah..sampai opis buat kerja sikit dah tengahari turun makan sambil layan cerita asamara pontianak K-pop..kahkahkahkah..cerita dia memang kelakar habis lah,memang suara ktorang bertiga je yang paling kuat gelak..ala cerita yang kat tv3 tu,kalau tak tau pergi tengok tonton.Cerita dia memang best lah dan terlampau kelakar sampai semput kami-kami ni gelak tau kalau boleh guling-guling memang dah buat pon..kahkahkah..tak senonohkan..


Haa..benda ni yang aku nak cerita ada kena mengena dengan tajuk..hihih..lambat sikit nak masuk,macam biasalh aku balik naik bus kan tunggu dekat masjid jamek..sambil2 tengah tunggu aku ada nampak van tv3 lalu tau tapi aku tak amik port sangatlah kan,pas2 tengah kusyuk pandang bus tiba2 ada orang sergah aku dari belakang dan aku tengok orang tv3 tengah cakap dengan aku + aku ternampak camera memang time tu aku gila punya terkejutlahkan..dia tya aku pernah kena ganguan seksual ke lepas tu apa tindakan kalau aku kena??Cehhhh...dengan penuh berani tp lutut dah ketak ni..hahahah...aku pon jawab lah tapi ayat aku memang menunjukkan yang aku tengah kelam kabut + cuak.Dah jawab tu dia suruh aku pegang mic plak!aduh!!!nak tak nak aku pegang lah jugak kan,rupanya dia suruh bagi ucapan untuk depavali..hahaha...tu pon ak punya ayat macam tunggang terbalik,hahahahha..mesti kelakar kan kalau aku tengok balik video tu..maluuuuuuuuuuuuuuuuu..tp aku tak harap pon kuar tv sebab tah apa2 ucapan yang aku bagi..ahakss..tp kalau masuk pon ok gak..huhuhu


p/s:hari ni panjang ayat aku kan..hehehe..selamat malam semua..

Thursday, October 13, 2011

Header yang baru..

Assalamualaikum..

Yaaaaaaaaaaaaaaaa...suka-suka,akhirnya aku berjaya dengan jayanye mengcipta header aku sendiri dan dengan ini saya teramat berpuas hati..hahaha..gelak mcm orang jahat yg berpuas hati sekejap..aku dapat cara nak edit ni pon dari satu blog ni..sebab saje nak mencantikkan lagi blog aku yang memang tak cantik ni..hahaha..jadi saya sudah kamu bila lagi..daaa..




Wednesday, October 12, 2011

Knp nak memaksa??salah aku ke kalau aku sendiri yang tak nak???

Assalamualaikum...

Yeee..sila jawab pertayaan aku ni??jgn pikir aku gaduh dengan Mr.dia pulak tau,ak still ok dan in love lagi..cewaahhh..Ok berbalik kepada tajuk yang asal,asal dia ni nak paksa-paksa aku eh??dah aku sendiri dengan rela hati yang tak,kenapa masih nak memaksa lepas tu marah lagi!!ada ke itu patut???jawabkan lah untuk aku........waaaa..

Macam ni citenya,kan sejak Mr.dia aku telah ditransfer ke pahang jadi aku balik jalan kaki dan berjumpa dgn kwn sek ak a.k.a kwn satu kaw.perumahan dekat depan lrt masjid jamek dan kitaorang naik bus.jadi memang aku selalu balik dengan naz ni lah kan,selalu nya dari opis aku nak ke lrt ada 2 org akk opis yg jalan sekali dengan aku tapi sejak-sejak ni tinggal sorang je sebab yang lagi sorang tu kawan dia amik dan aku memang tak kisah dan tak terasa hati pon dia nak tumpang atau nak balik dengan kawan dia tu,kebetulan kawan yang dia tumpang tu katanya dok sentul jadi nak tumpang kan aku sekali lah kan, aku tolak bukan sebab berlagak ke hape tapi aku memang tak nak lagipon aku bukan kenal mamat tu dan aku tak berapa suka tumpang orang yang aku tak kenal OK!!!

Then, bila jumpa akk tu dia akan ajak aku tumpang,setiap kalai dia ajak aku memang akan selalu tolak diatas sebab aku TAK NAK!!.Adalah jugak dia kata aku sombong dan payah atas sebab aku tak nak tumpang..adoiiii..ada ke patut,cuba korang jawab aku nak korang jawab jgkkkkk..hahaha..kejam kan ayt aku ni.Lepas tu hari ni pulak dengan tiba-tiba dia ym aku macam ni..




                                                klik untuk lebih jelas k..


tiba termasuk plak aku punya gambar belakang tu kan..hahaha..kalau korang lah kan macam mne ek.rajin2 lah bagi pendapat sikit..huhuhu


p/s:kalau rasa-rasa aku silap..mintak maaf lah...daa..

Monday, October 10, 2011

Tak tau nak update apa???

Assalamualaikum..

Hai kepada sesiapa yang sudi menyinggah blog saya ni..heheh..sejak dua menjak ni aku macam tak ada idea lah nak update pape dan penyakit kemalasan aku telah melanda, bukan setakat aku tak berapa rajin nak update blog nak buka internet pon aku malas...kahkahkah..malas nye ko ni ila kan..well,nak buat macam mne kan..


Tiba2 baik hati aku nak shared kan link cerita bini-bini ku ganster,sebab tadi terbuka satu blog ni dia pon shared kan link download so aku pon shared kan lah banyak2.Aku tak sempat nak tengok cerita ni sebab rasa tak ada masa lah pulak kan,ramai kata yang best dan ada jugak yang kata cerita ni biasa-biasa je,ala adat lah 2 kan citarasa masing-masing memang berlainan..dahlah tak nak cerita banyak aku serta kan link downlod mediafire dan sinopsis nya sekali k..


Sinopsis :
Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.
Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja :)
Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.
Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

Download link :
 

p/s: selamat mendownload, kredit ohdownload.net

Wednesday, October 5, 2011

Boleh tolong tak??

Assalamualaikum dan selamat malam..


Ada sapa2 boleh tolong aku tak kot2 korang pon ada masalah macam aku ni jugak kan,Macam ni kalau korang ada tersesat kat blog aku ni mesti korang rasa pelik kan sebab ada dua benda yang sama kalau tak caya cuba korang scroll sampai bawah dan korang akan dapati setiap post yang aku update ada dua.


Kenapa ek jadi macam tu??aku pon hairan dan aku tak berapa nak pandai nak betul-betul kan balik,aku takut bila aku edit2 benda lain plak yg aku edit tak pasal2 ada post aku yang hilang kan.Salah satu sebab nye,sebelum url blog aku ni ada url lain yang aku tukar menggunakan email yang sama,disebabkan yang tu ke ek???pening lah macam ni!!sebab aku tak tau nak ubah macam mana.Jadi kepada korang2 yang tiba tersinggah dekat blog aku yg tak seberapa ni dan terbaca N3 aku yang ni dan korang tau macam mana nak selesaikan masalah aku ni harap2 korang boleh tinggalkan jejak kat comment ye,mnelah tau ada blogger2 lain mengalami masalah yang sama boleh lah aku kongsi ilmu kan..hehehe


p/s:ok lah 2 je aku nak bagi tau..nak tido dah besok nak kerja..uisss..

Tuesday, October 4, 2011

Jom join contest gorges with own style

Assalamualaikum..

Hai buat apa tu??ok hari ni saja nak bagi tau kan yang aku saje je gedik2 gitu lorr nak masuk contest si adik aien ni..hahaha..aku dah lama tau pasal benda ni sebab selalu follow blog dia tapi baru sejak dua menjak ni je hati ak tiba2 lahai nak join contest dak ain ni..hehehe..bukan apa first time kot aku buat style shawl macam tu,alaa..ala2 looser tu kan+terbang2 bila ditiup angin gitu..hahaha

Tarikh tutupnye kalau tak silap aku dalam minggu ni lah kot nak tau lebih lanjut korang klik je sini okk sebab aku nak cerita panjang2 pon bukan nye geti sesangat,ada banyak lagi gambar yg para peserta upload di fb dak ain ni,kalau korang rasa nk jadi juri boleh tinjuk dekat sinon lepas tu rajin2 kan tangan korang untuk like digambar saya ok..hehehe..sebelum tu meh aku tayang lagi sekali gambar yang aku pertaruhkan untuk contest ni..cewah2 beria ko eh dak tecik nak join contest ni bagai..hahaha..biarlahkan..uwekkk


ni lah gambar titew tuu..
p/s: ok kepada yang sudi tu jangan lupa like k dan yg penting Mr.Dia aku dah like pon..auwww..hahaha..gedisss..

Sunday, October 2, 2011

Ahad yang simple

Assalamualaikum..


Macam mana cuaca kat tempat korang2 semua?kat tempat aku ni hujan lebat lah jugak tp dah lama sebenarnya tempat aku tak hujan petang.Sebenarnya aku baru lepas balik jalan2 dengan Mr.dia itu pon kuar lambat sebab mr.dia balik kampung minggu ni tapi tak apa janji dapat jumpa kejap pon ok dah..hahaha..geli je ek..tak mo.tak mo macam tu k..huhu


Kuar je terus pergi klcc cari makan,lepas2 ingat nak cari kasut tapi kat klcc tu bukan banyak pilihan sangt kan tapi 2 pendapat aku lah korang aku tak taulah kan..huhuh..so decide pergi wangsa maju jj plak,cari punya cari tak lah jumpa jugak..adoii..penat je cari tau,last2 aku cakap dengan mr.dia kita cari minggu depan jelah senang kan..hehehe..sebelum 2 sebelum 2..asikkk, ada jugak sebelum tu eh,aku pergi lah singgah titiwangsa tu pon dah tak ada pilihan lain..ingat nak naik mcm kayak tu tapi orang punya lah ramai terpaksalah pendam kan hasrat di hati kan..hahah...amik gambar sekejap lepas tu hujan renyai2 plak turun apa lagi kelam kabutlah kembali ke keretakan makin lama makin lebat plak hujan.


Jadi kitaorg pon balik jelah dah hujan kan bukan boleh nak kemana sangat lagipon mr.dia kena balik lipis terus,kecian kat mr.dia kena berualang alik dari kl ke kl(kuala lipis lah),nasib lah dia tak kena transfer jauh2 sangat kan.naaa..gambar aku di taman..poyos jee..


p/s:hari ni yang paling best nya bila aku pakai shwal dan ia telah menjadi..hahaha..sebab aku main belasah je pakai tu..huhhu..