Followers

Wednesday, November 30, 2011

Kisah persaraanku..




Selamat malam semua..dah makan ke??ermm..makan apa lah tu kan meh bg kat aku sikit lapar lah..heheh..Macam yang sedia maklum hari ni adalah hari terakhir aku di JPBD disebabkan contrak aku telah tamat tempoh, jadi selepas ni aku jadi suri rumah sementara lah pulok..hahah..

Dengan rajinnya pagi-pagi aku dah bgun masak spageti goreng dan aku telah membuat 
kek coklat untuk dijamu oleh staff SSM

dah tinggal suku..


tgk kek aku ni ada rekahan plak..buruk!!


Rekahan 2 terjadi sebab masa aku nak alihkan kek ke papan 2 dia boleh retak plak..adoii..spoil btl lah tapi tak kanlah aku nak buang kot apa lagi belasah jelah labu janji ada rupa sikit dan boleh makan..hahaha..

Berbalik pada cerita asal tadi, pagi 2 kan dah makan spageti semua lepas tu dalam lunch time plak diorang ada buat majlis perpisahan untuk aku macm terkejut lah jugak kot..hihi..disebabkan big bos tak ada cuti bersalin so cik kema lah menjadi penggantinya..diorg bagi ucapan lepas tu aku pon kena berucap sikit, tiba2 hati 2 jadi sebak tapi tahan je aku malas lah nak nagis2 ni..huhu..nasib air mata ni boleh tahan kalau tak ish2! memalukan je..hehe..lepas tu ada makan2 dan aku telah mendapat cenderahati iaitu sepasang baju kurung..terima kasih lah warga SSM ye..

makanan yg enak2..

bos tecik SSM..

eo ssm...nita

fika..budak practikal

warga wanita2 SSM


Masa pon berlalu dan jam pon dah pukul 5.30, masa untuk aku berangkat pulang dan meninggalkan tempat aku mencari rezeki lebih kurang 2 thun lbih bersama kenangan2 pahit dan manis aku bersama mereka..agak sedih sebenarnya dan aku memang tak dapat nak menahan air mata dari terus mengalir,masa tu pelbagai perasaan bercampur sebak,sedih,rindu,risau semua macam sebati dalam diri aku masa tu..salam2 dan yg paling sedih bila cik kema seperti hendak menangis dan aku telah  ternampak air matanya sperti bertakung,tiba2 aku rasa seperti dihargai oleh mereka2 yang tertentu..

Pasti selepas ini aku akan merindui suasana di JPBD walaupon opis nye yang seakan-akan asrama dan jauh terpencil tetapi disanalah telah terciptanya segala kenangan pahit manis,ilmu dan pengajaran yg aku perolehi..terima kasih jugak kepada mereka yang mendoakan kejayaan aku dihari yang mendatang kelak,semoga kita akan berjumpa lagi dan semoga persahabaan kita ini tidak akan terputus..

p/s: mood tengah sedih lagi kot..huhu..dan masih risau mencari pekerjaan..

Tuesday, November 29, 2011

Menyampah tol..huh!!!



Tiba-tiba tengak tak ada mood disebabkan pompuan 2 tau.kasar kan bahasa aku ni ha dah lah pagi2 dah nak marah2,apa cer ila oii..hahaha..tak adalah rasa geram lah dengan minah talam ni nasib lah besok je aku last tau kalau tak kena makan hati lagi lah nampak nye.

Nak tau cerita nye..tak nak tau pon biar aku cerita lah.huhu..macam ni,selalu aku balik opis ada dengan akk sorang ni lepas tu hari jumaat minggu lepas aku tengok dah 5.30 dan memang waktu balik lah kan,dah tu aku kemas-kemas bag dan aku tengok tempat talam 2 dah kosong,aku pon macam pelik lah kan??aku tya akk yg dekat situ mana minah ni dan dia kata dia dah balik mungkin laki dia amik kot..perhhhh..aku rasa macam dikhianati tau + kurang ajar betul lah minah talam ni dan sebagainya..kihkih.aku jarang kot nak cakap2 macam tu..

Lepas tu pagi ni aku ternampak lah kan muka dia memang buat muka sardin je,xde tegur aku pon cakap pasal hari jumaat,memang lah kurang ajar dah ada anak pon budi bahasa tak ada,esok anak ko pon kurang ajar sekali kan..fuhh..dah2 lah ila oii tak baik marah2 pagi2 nikan.Mak aku selalu cakap biar orang buat kita tapi jangan kita buat kat orang..huhu

p/s: Boleh tak balik kang aku nak lari dulu je tak payah balik dengan minah muka talam tu.

Sunday, November 27, 2011

Lawatan Ternakan

                                           

Selamat MaalHijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia,semoga segala amalan-amalan yang kita lakukan di tahun sebelum ini diterima allah hendaknya.AMIN.


Jadi apa rancangan korang cuti panjang ni??mesti ada yang amik kesempatan balik kampung kan tak pon pergi bercuti kat mana-mana ke dengan family..wooo..best kot,takpe turn aku pulak bulan 12 nak pergi langkawi..hehehe..tak sabar rasanya kan.Semalam jumpa Mr.dia sekejap sebelum dia balik kampung sebelum tu aku singgah opis jap amik barang apa yang patutkan..heheh..kuar semalam tak ada perancangan pape pon tak tau nak pergi mana,sebenarnya aku dah boring tau kat kl ni bukan nye apa tak ada tempat nak pergi kebanyakkan nye semua tempat mall je tak ada sangat tempat yg boleh beridah atau aku tak tau akan kewujudan tempat macam tu??hahaha..






Jadi Mr.dia ajak aku pergi wangsa walk pekena ayam penyet yelah dah lama tak makan kan..huhuh..dah lepas makan tu aku tanya nak pergi mana?dia pon tak tau,sekejap lepas tu aku bagi cadangan pergi zoo negara nak tak??Mr.dia aku mana aku ajak semua dia layan lagi pon aku dah bosan lah asik berjalan kat mall je macam tak ada faedah je..ceh..ceh..Jadi sampai sana dalam pukul 1 lebih kot,aku ingat kan tak ramai orang tapi ramai jugak smpai nak cari parking pon kemain jauh dari pintu masuk tau..huhuh..tapi tak apa boleh mengurangkan lemak2 dalam badan aku ni..ahakss..


Bila dah beli tiket tu ktorg cadang nak naik tren je untuk round2 dalam tu kan tapi bila dipikir2 kan balik mcam tak payah lah membazir je lagipun nanti tak boleh nak amik gambar kan so aku dgn Mr.dia decide kita jalan kaki saja..hahah..boleh kurus..meoww..




diapit oleh cik&en gajah







senyumm..
Ada banyak lagi gambar tapi tak larat nak tunggu banyak2 kan..2 je yg mampu aku sedekahkan..heheh..happy dengamu kamu Mr.dia




Friday, November 25, 2011

Apa lah nasib aku lepas ni???

                                       

Ya allah....lama gila kot aku tak jenguk blog aku ni..adoii..cian lah pulak kan bukan nye aku tak ingat kat blog syg ni, ingat tapi bila nak buka tu macam tak ada semangat je tau.Lagi-lagi nak hujung-hujung bulan ni kan macam-macam benda aku nak pikir..masalah..masalah..masalah..tapi tak baik kan merungut macam ni..huhuh


Hujung bulan ni last aku keja sebab nye kontrak aku dah tamat dan tak akan disambung kan seperti sebelum-sebelum ini,tak apalah mungkin sampai sini sahaja rezeki aku dekat opis gomen ni..diam tak diam dah 2 tahun jugaklah aku bekerja disini..kejap je rasanya masa kan..aku macam rasa baru je aku masuk kerja pas2 aku dapat kerja dengan Mr.dia tup-tup sekarang Mr.dia pon dah dapat kerja lain dan semakin jauh dengan aku,kerja pon dah nak habis kontrak..waaaaa...memang membuatkan aku menitiskan air mata lah..dengan sapa aku nak luahkan??semua orang tya aku tak cari kerja ke tak isi spa ke??kdg2 aku rimas bila org tya mcam tu.Aku tau niat diorg baik nak amik berat pasal aku mgkin, tp bila dah selalu tu aku jadi rimas,mustahil lah selama ni aku tak berusaha cari kerja,mohon kerja hari2 aku buka kat mudah tengok kerja kosong cari sana cari sini tapi tulah rezeki tu belum sampai lagi kat aku ni..


kursus kat pangkor ngn Mr.dia


Sepanjang aku kerja kat sini banyak benda yang berlaku dan banyak benda jugak yang aku dapat belajar dari sikap setiap manusia di opis aku ni,macam-macam ragam dan kerenah biasalah dah nama manusia kita semua tak ada yang sempurna kan,tapi kenangan bekerja dengan Mr.dia yang paling BEST!!hahahah..macam mana dia mula datang interview lepas tu Mr.dia diterima masuk dan masa memang ktorang tak ngaku pon yang ktorg ni couple..hahaha..bukan apa aku macam segan lah pulak kan tapi lama-lama tu memang tak boleh nak simpan lah diorg tau jugak..hahah..kelakar je masa tu.Ada benda jugak yang aku ingat sampai sekarang masa Mr.dia interview,Mr.dia telah di temuduga oleh bos aku masa tu melayu lah dah siap interview datin tu keluar dan dia bercerita macam ni ' ada sorang tu  mazlan nama dia,sy tya kenapa stop belajar?lepas tu boleh dia jawab sebab nak tolong mak dia sebab adik dia dapt smbung belajar kat u sabah'.Datin tu cerita dekat semua staff dan aku salah sorang nya,memang dalam hati aku kata kuang ajar btl pompuan ni dah tak geti nak hormat orang langsung.


Mana tidak nye aku lebih kenal Mr.dia aku 2 lebih dari datin tu,memang Mr.dia aku tak dapat smbung belajar sebab dia nak tolong adik dia yg no 2,cuba korang bayangkan dia anak sulung dan adik-adik bawah semua belajar lagi,adik no.2 dapat smbung kat sabah memang kena pakai banyak gila duit lah kan lepas tu tak dapat PTPTN lagi lah kena banyak pakai duit so dia sebagai abg sulung memag rasa bertanggungjawablah kan nak tolong adik dia tu,mmg aku tak boleh terima kata-kata datin tu, mentang2 ko datin ko nk cakap orang mcm tu mcm ko tau susah senang hidup orang tu kan.Tapi aku kagum dengan adik beradik Mr.dia ni semua otak geliga2,masa aku kenal Mr.dia dia tengah belajar dkt UiTM S.A dia amik ijazah dalam art desing lepastu adik dia no 2 dapat smbung belajar diploma kat sabah kalau tak silap aku macam ada dokter2 sikitlah dan adik no.3 dapat tawaran smbung kat mesir yg universiti popular kat sana tu tapi orang kmpng bukan nye hidup senang kan tak dapat lah pergi belajar kat U tun hussein onn je.Kdg2 segan aku ngn family Mr.dia ni kalau nak dibandingkan dgn aku mmg jauh ketinggalan lah..hahaha..


Banyak pulak aku merepek kan, jadi sekarang ni mungkin aku akan jadi penganggur yg berjaya..hahaha..sambil2 tu aku cari lah kerja jugak mana boleh tak jadi ke ada sapa2 nak bagi aku tawaran kerja..hahaha..doa2 kan aku cepat dapat kerja ye..


sbhg staff SSM