Followers

Tuesday, February 14, 2012

Hijab??????

Assalamualaikum..


Ermm..dah lamanya aku tak mengupdate n3 kan3 sebab nya aku kerja tapi sekarang aku dah benti..heheh..boleh pulak macam tu kan,bukan aku nak memilih tapi ada cerita disebaliknya..lain kali lah aku cerita k sebab sekarang ni aku nak share satu video mengenai hijab yang sangat digilai oleh remaja zaman sekarang dan aku adalah salah seorang tapi aku taklah dalam kategori pemakai hijab/selendang tegar ok..heheh..aku dapat video ni pon masa berjalan-jalan di blog cik epal dan bila aku start dengar tu boleh dikatakan macam cinta pandang pertamalah..heheh..


ok berbalik kepada video yang aku nak share kan ni,sebenarnya aku pon 100% setuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai 'hijab' dan dia telah menyedarkan dan membuka mata aku mengenai 'hijab' ni.Aku sebenarnya bukan tak perasan fashion hijab sekarang tau,kadang-kadang aku tgk tu macam serabut dah tak kena dengan apa yang dimaksudkan oleh 'hijab'..harap korang faham lah ye apa pandangan yang aku cuba nak luahkan ni..jadi kepada wanita-wanita,remaja-remaja perempuan dan terutama untuk diri aku sendiri hayatilah kata-kata beliau dan berfikir dengan positif apa yang dimaksudkan 'hijab'




Dah habis tengok ke..huhuhu...jadi apa pandangan korang mengenai apa yang telah diperkatakan oleh sidia ni?setuju/reject atau korang rasa macam pape tah budak ni..walau apa pon pandangan korang,aku tetap setuju dengan kata2nya..daaa...

Monday, January 30, 2012

Kenangan baru dan lama

                                  
Ehem..ehem..pejam celik,pejam celik besok aku dah start kerja lah rupanya..arghhhh..macam tak percaya je aku dah kembali ke alam pekerjaan semula..hahah..poyo betul kan knon2 dah cuti lama pas2 dah tak geti2 cari duit ke ila oiii..kata nak kawin tahun depan???opssss..terlepas sudah..hahahah..


ok2 lupa pasal aku nak kawin tu..sebenarnya cuak jugak lah ni kot..huhu..macam mana lah situasi aku bekerja besokkan dan semestinya aku dah set dalam otak aku ni bahawa aku dah tak boleh nak bersenang-lenang,buka bf,tgk cita korea,download cita dgn kawan aku sorang tu dan macam2 lagi lah,bila teringat balikkan rindu tau sebenarnya walaupon keadaan kerja kat opis aku tu tak berapa nak sihat tapi aku tetap rindu nak kerja kat sana,gosip2 lepas 2 umpat2 dgn bos kecik aku pasal bos besar..hahahah..kadang-kadang tu time bos tak ada boleh pulak layan cita korea..hahaha..nakal jugak aku ni upanyakan.lagi satu walaupon bos lama aku tu india tapi sebenarnya dia ok,aku boleh cakap mcm tu pon mungkin sebab aku PA so adalah rapat sikit2..


Masa aku last hari tu pon tak dapat nak jumpa dia sebab dia dalam tempoh cuti bersalin..waaaaaa..rindu dgn ssm terutama dgn raja,cik kema,ida dgn cc sebab dengan diorang je aku bayak cakap sikit lepas2 raja dengan cc tu kadang2 jadi tempat aku luahkan perasaan jugak.Tapi sekarang aku kena lupakan tu semua dan mulai hari besok dengan bos baru rakan kerja baru dan paling utama keadaan kerja yang baru,harap2 aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru besok ok..daaa..

Tuesday, January 24, 2012

kerja baru..kerja baru..

Assalamualaikum...

Yeahhhhh..aku dah dapat kerja baru setelah 2 bulan aku menjadi penggangur terhormat..hehehe..alhamdulilah akhirny kan lepas lah aku dari keboringan dan kebosanan..heheh..biasalah kalau orang dah biasa kerja kan pas2 lama2 dok kat umah memang terasa boring lah..

Excited jugak sebenarnya tapi takut kan,yelah nak menempuh suasana kerja yang baru kan tapi tak apa menimba pengalaman..masa aku interview 2 memang time tu jugak aku terus dapat tahu yang aku diterima bekerja disitu.Sebenarnya hati aku agak berat jugak nak kerja kat situ tapi bila dipikirkan sekarang ni peluang pekerjaan dimalaysia memang lah sgt2 kurang lgpon kerja di pon ok so aku pon terima lah..hehehe..tempat yang aku kerja ni lebih kepada syarikat printing lah dan yang best nya msa aku datang interview hari tu diorang tengah buat kad kawin untuk Lisa surihani dan Yusry kru tuuuu..hehehe..dapat lah jugak aku tengok kad diorang..hahaha..

Tapi syarikat yang bakal aku kerja tu memang selalu VVIP je yang pergi sebab nya memang mahal2 kot tapi itu apa yang diorang katalah kalau nak percaya kena tunggu aku kerja sana lah..heheh..aku start selasa minggu depan je lagi beberapa hari je kan..heheh..gedixx plak..
ok lah tu je yang aku nak kongsi kan disini..daaa...