Followers

Thursday, April 28, 2011

sory yeerr cik aniss

Hai semua..hahahaha..tiba2 aku nak tergelak sendiri..yelah semalam aku post kan satu resepi untuk cik aniss ni lah ha,lepas tu aku nak edit blog tu dan buat lah privet untuk sementara jelah sekali aku lupa plak nak wat setting sapa2 pon boleh tgk..tak pasa2 dia buat satu entry pasal aku..hahahah..malu je kooooo..sory ye anis..

 sekarang aniss dah boleh baca dan komen ye..

p/s:sekarang aku dalam proses serius membuat cupcake atau seangkatan dengannya jadi kalau nak tengok blog aku yang lagi satu tu boleh tinjau ye..

Tuesday, April 26, 2011

Makanan yang dilarang jual di sekolah

Selamat pagi kepada sesiapa yang menyinggah teratak ku yang tak seberapa ni..heheh..dah makan ke??aku,dah baru je lepas makan nasi lemak + sambal sardin..heheh..lapar kot semalam malam aku tak makan pape pon jadi pagi2 perut aku ni dah mintak diisi tp bukan pasal perut yang aku nak cerita kan tapi mengenai makanan yang dijual di kantin sekolah.

Sapa-sapa yang ada baca surat khabar pagi page depan2 dia dah bagi senarai makanan yang dilarang,kepada yang tak tau tu meh rapar2 aku bagi tau ek,antaranya adalah :
  • Mi segera
  • Gula-gula dan coklat
  • Konfeksi ais dan aiskrim
  • Makanan yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan kecuali susu berperisa.
  • Makanan diproses seperti burger,hotdog dan nuget.
  • Semua jenis makanan yang disertakan permainan seperti cincin,gambar,belon dan lain2.
  • jeruk masam,manis,masin, basah atau kering,mangga dan kulit limau.
  • Makanan tarikh luput
  • Minuman beralkohol
  • Teh dan kopi
  • Minuman berkarbonat. 
sumber:Serita Harian 
Tapi kan ada beberapa makanan yang aku rasa tak payah dilarang pon tak apa contoh hotdog dengan nuget sebab benda tu kan makanan kanak-kanak lagi pon orang dewasa pon makan benda tu kan macam kesian plak kat budak2 nanti tak ada benda ringan nak makan..hehehe..


Apa-apa pon kepada ibu dan ayah diluar sana kawal lah pemakanan anak anda ye jangan diikutkan sangat..wahhh..macam dah ada anak je aku ni kan..heheh..opss..jgn marahye..


p/s:malam ni nak wat tempahan cupcake,dengan ada anak buah aku sekali mcm mana lah nanti ye..huhuhu..

Thursday, April 21, 2011

selamat melihat dunia SAYANG

Pagi tadi aku dikejutkan berita gembira..lahir nya seorang bayi anugerah allah S.W.T di atas muka bumi ini.4.25 lahirlah anak buah aku yang baru..heheh..dapat baby pompuan pulak tuu..alhamdullilah setelah ada 3 orang anak buah laki rindu plak nak yang pompuan plak kan..heheh..mata nya yang bula tu memang lah nampak comelll..

tgk2 bulat kan mata dia..
 Eeeee..tak sabar nya nak tunggu orang baru,nak jumpa dia lahh..kot2 tengahari ni boleh jumpa ke kan kalau tak kena tunggu baby baru balik umah lah..hai baby nanti geng dengan acu tau..hahaha..sebab aku dengan anak buah aku yang sulung memag rapat..sebab gurl jugak kot.Dia pon rajin layan acu dia yang kebudak2 kan ni..hahahaha..sampai kan ada orang kata aku dengan ank buah aku tu macam adik beradik..huhu..

anak buah lelaki
 yang masuk jari dalam mulut tu abg kepada baby baru, sebelah dia tu plak anak kngah aku..ada lagi sorang tapi yang tu dah besar lah,darjah satu dah pon jadi tak leh amik gambar..huhuh..comei kan dua2..kadang2 aku macam tak caya tau aku dah ada anak buah memang dah jadi makcik ke??huhuh..dah beso upanya aku ni ek..heheh..

p/s:menanti dengan sabar untuk jumpa orang baru

Bila Seksyen aku buat rumah Terbuka

Assalamualikum..apa ila ni ada rumah terbuka plak hari raya ke apa???kahkahkah..tak adalah,sebenarnya semalam opis aku ada buat Sehari bersama Pelanggan kan kira mcm rumah terbuka tuuu..keadaan memang gamat lah bila bahagian2 lain datang dan menjenguk buku2 perkhidmatan diorang tak terlayan dibuatnya sebab kat opis aku ni ramai yang pergi kursus dan jaga exam..jadi terpaksa manusia2 yang tinggal ni 'cover' bagi mereka yang tak ada.

Aku pon boleh dikatan bz lah jugak..huhuh..kjap2 bos panggil lepas tu pegawai lain plak panggil jap lagi kena buat surat plak..adoii..lengoh kot kaki aku ni semalam..heheh..tapi ok je sekali sekala bz kan apa salahnya..


keadaan ruang tamu

aku tgh update buku dato' rajin x??huhuh

tgk meja aku yang bersepah..

Semalam abis dalam pukul 4.30 itu pon pukul 5 ada lagi yang datang..pagi sampai tengahari ramai orang tapi bila dah lunch orang dah tak ramai..huhuh..jadi sambung lagi hari ni tapi bahagian lain plak..

Monday, April 18, 2011

Jalan-jalan cuci mata

Hai..hai..hai..waaaa..tajuk jalan2 cuci mata ye..heheh..so hari minggu korang buat apa??aku ingat kan sabtu tu nak datan kerja tapi disebabkan hujan yang memang lebat sesangat di kawasan umah aku ni jadi batalkan jelah hajat tu ye..Lama jugaklah hujan sampai pukul 1 tu pon masih hujan tp renyai2 jelah..aku yang tengah basuh baju terkejut tiba2 hujan turun dengan lebatnya..

Lepas hujan dan reda aku pon kuar lah dengan Mr.Dia sebab nak pergi Mid Valley kan ada pameran kerjaya anjuran JobStreet.com.Sampai je sana pape pon kena isi perut dulu sebab lapar bangat sih..hehe..aku oder fish grill sampai kan Mr.Dia komen nasi sikit kompem gara-gara lapar lah tu jadi dengan baik hatinya bagilah dia separuh lagipon aku bukannya habis makan..hahaha..

Pertama kali kot aku pergi pameran kerjaya macam tu,tempat dia memang besar dan banyak syarikat-syarikat yang ada kat dalam pameran tu aku pon masuk dan jalan2 tengok apa yang menarik tapi aku tak lama kat situ sebab dah penat mau satu jam aku kat dalam tu..heheh

ni lah pas untuk masuk dalam pameran tu
Dah penat jalan-jalan dekat Mid Valley aku ajak plak Mr.Dia pergi jalan TAR,perhh..dah lamanya aku tak pergi sana dengan bershopping tau serius memang dah lama sangat2 aku tak membeli belah..untuk Mr.Dia aku dah beli kan baju kerja untuk dia..hehe..saja2..Lepastu aku dah sampai kat PM jalan TAR tu aku cari selendang lepastu anak tudung dan dapat beli kasut..heheh..suka2..kasut aku yang putih tu dah buruk tapak dia pon dah tercabut..rasa puas dapat habis kan duit ni kan..hehe..bukan selalu sekali sekali tapi aku perasanlah perubahan dekat diri aku ni..Yelah sejak akhir2 ni aku mcm tak boros sangat kalau aku nak beli sesuatu tu aku boleh tahan dan pikir sama ada benda tu perlu ke tak,cuba kalau sebelum ni memang aku main beli je.huhu..

Dah penat jalan2 dekat jalan TAR pg plak dekat semua house tu bukan buat apa pon nak melepaskan lelah sambil2 makan dan minum.aku ingat kan nak balik terus tapi Mr.Dia ajak aku pergi JJ wangsa maju plak..vromm2..sampai lah aku dekat jj..hehe..masuk dalam sambil pakai kasut baru tuuuu..masuk2 bhg pompuan terus jumpa apa yang aku nak,dah beli apa yang aku nak terus ajk Mr.Dia balik sebab aku dah kepenatan sangat2..

kasut baru ku..hehe

1 Malaysia tuuu..

sedap kentang ni tauu..
p/s: Minggu lepas memang puas dan penat gila lah aku berjalan..huhuh..biasalah kaki jalan kan memang mcm tu..

Wednesday, April 13, 2011

coklat cup cake

Selamat tengahari semua..hehehe..banyak ke yg usha blog aku ni sampai semua sekali tu.??huahua tak apalah kan bukan selalu pon..Semalam aku buat cup cake lagi yang di tempah oleh kak ngah aku khas untuk suaminya iaitu Azlan dan aku pon bersemangat gila lah nak buat tau dan hasil nyaaaa...




hasilnyaa..menarik tak

aku bagi pakej dengan kad bedy sekali
Aku sebenarnya macam tak percaya je aku boleh buat semuan ni..walaupon penat badan aku ni ha dok pikir deko apa aku nak buat tapi aku rasa puas dan rasa happy bila org yg tempah tu reaksi dia hapy dengan hasil aku buat ni..harap2 impian dan cita aku sejak sekolah lagi nak buka kedai kek tercapai..Amin..lagipon family aku menyokong habis aku buat bakery ni sebab dah tu minat aku kan..


Kakngah aku buat surprise kat suami dia,memandangkan aku tak ada pekerja delivery..cewah..so abg ipar kau yg no.3 tulah yang jadi mangsa..hehe..thanks abg daus tp dah bagi upah kan..huhu..


p/s:harap abg ngah suka nya dengan cupcake ila ni dan Selamat Hari Lahir..

Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dia terjaga

comei kan gambar ni..huhuh

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

Monday, April 11, 2011

aku tempat melepaskan perasaan??

Hai..hukhuk..tiba2 aku rasa berabuk plak blog aku ni,yelah dah lama kot aku tak buka dan update pape dalam blog aku ni sebabnya rasa malas dan tahlah tak ada idea aku nak tulis apa..tak kanlah nak tulis benda merapu+merepak plak kan kang tak pasal2 langsung tak ada orang datang kat umah blog aku ni ha..

Tadi aku borak2 dengan cc aku dia kata 'ila dah lama lagi tak ada dah,meninggalkan untuk selama-lama nya'huahua..cc ni mulut cabul betul tau..hahaha..dia kata yelah nanti aku rasa sedih ko tak ada.Pehh..rasa terharu lah pulok kan..heheh..tp cc aku balas balik lah,bukan semua orang rasa macam tu lah cc tak payah nak sedih2 sangatlah lagipon saya pon tak ada perasaan sedih pon nak tinggalkan opis ni sebab kat sini lain lah cc,yelah yang  @#%^((*&*&%$!@#%^&(+_*^*$@@>:*&&^^&..sebab tu saya tak rasa pape cc bila nak bla dari opis ni..huhuhu..(mesti korang pelik kan apa benda lah yang aku tulis *&&%&*&** mcm tu kan.adalah itu antara aku dengan cc aku..heheh..


Tadi aku meluahkan perasaan aku dekat cc aku secara tak langsung dan tadi tiba2 je bos aku meluahkan perasaan ketidak puas hatinya dekat aku so aku ni dengar jelah..heheh..adalah dia tak puas hati dekat beberapa staff dalam opis aku ni.Buat kerja lambat yang pegawai plak jenis tak tengok anak buah buat kerja ke tak..dia kata tension lah saya ila bila diorang ni mcm ni tak kan saya nak tengok diorang buat kerja ke tak??Aku pon kadang-kadang simpati tengok bos aku tu,yelah dia tu walaupon banyak songeh tapi bila time kerja dia memang serius dan sangat mementingkan kualiti kerja tu sendiri.Ceh dah macam pembaca berita je..hehehe..

Pape pon kepada bos aku sabar jelah ye..aku pon nak komen lebih2 pon tak pandai jadi kalau nak suruh aku dengar je boleh lah..hehe

Thursday, April 7, 2011

Cup Cake ku

Selamat petang semua..dah makan tengahari ke??aku baru lepas balik dari pejabat pos tadi nk hantar borang kerja tutupnya hari isnin,takut tak sempat kalau nak pakai pos biasa jadinya pakai pos express laa..harap-harap adalah aku rezeki kali ni allah bagi.Kalau dapat alhamdulillah sangat-sangat.

Ok..ok..iklan tadi dah habis sekarang masuk tajuk utama ye..hehe..semalam aku buat cupcake siap sekali dengan tatahias lagi tau..cewahh..sebabnya kakak aku nak tempah cupcake kat aku jadi nak try lah dulu dan hasilnya..sunguuuhhhhh..vog..perasanny aku ni kan..tak nak cakap banyak korang tengok lah sendiri hasil seni yang dilukis oleh Mis M.Gurlz..

ok..jauh2 sikit panas ni..haha.. 
haa..cantik kan..
 tengok2 ada versi kulit durian,nk wat rumput sebenarnya tp tak menjadi sangatlah..ada anyaman lagi tau bunga2..hehe..


sarang labah2 dan anyaman

yg ada 'heart' tu nk bg Mr.Dia..cewahh..haha
Ha..tulah hasil dari kerja seni2 aku tau..best gua cakap sama lu..hehe..aku buat tu dari pukul 8 mlm sampai 11.30 mlm tau..amik koo..punyalah lama aku mendeko tp tetap aku rasa puas hati dan family aku cakap pon 'fuyoo..cantiklah dikk'..

p/s:so apa lagi bagilah komen2 korang tu sikit..hehe..barulah bestkan..daaa..kalau nak amiklah jangan rebut2 k..babap kang..

Tuesday, April 5, 2011

lambat punya pasal..

selamat malammm..hehe..petang tadi kt kl hujan,fuhh..barulah terasa sejuk kan.kan.kan..kalau tak semenjak dua menjak ni kan cuaca asik panas je..kipas dah pasang sampai level 2 pon masih berpeluh2 lagi.Dah2 aku ni bukan pembaca ramalan kaji cuaca nak merepek bagai..hahah..


Tadi lepas hujan reda aku dengan Mr.Dia terua pergi maju junction macam biasa lah untuk mengisi perut ktorang yang tengah lapar ni lagi2 aku ni ha..mcm mana lah tak gemok kan..haha..dah sampai food court dekat MJ tu aku tengok lapang gila tak ada orang mungkin bukan masa makan kot kan,jadi aku dengan Mr.Dia pon dok jalan2 cari makan tengok apa yang berkenan dan aku pon stop dekat gerai jual sup tu.'Cik nak mee rebus satu' makcik tu pon dengan muka terpinga2 berkata 'sebenarnya dik kedai dah tutup tapi tak apalah utk satu je akk buatkanlah' aku pon 'laa..ye ke kak?sory lah tak tau pulak dah tutup.'


Sementara tunggu mee rebus aku tu siap aku pon ajak Mr.Dia jalan tempat lain untuk cari makanan dia plak kan, sekali berhenti dekat kedai goreng2..belum sempat Mr.Dia aku nak oder akk tu dah cakap dulu 'dik kedai dah tutup ye'..hahahaha..aku pon gelak jelah,jahat kan..yelah kecian je aku tengok muka Mr.Dia.Alik2 aku oder mee rebus lagi satu, nasib baik akk tu nak buat kan jugak.Pastu air pon kena beli dekat giant sebab kedai air pon dah tutup..ish2 malang betul hari ni,lambat punya pasal lah ni tapi pape pon dapat gak makan mee rebus kan..hehe..


mee rebus utk aku dan Mr.Dia

air untuk kami berdua jugak

Sambung Belajar???


Hai..selamat petang semua..huhu..semalam kan tiba-tiba je aku cakan dengan Mr.Dia nak sambung belajar dan dia cakap sambung lah dekat U mana tah ada buka pengambilan pelajar baru.Ermm..dulu aku pernah dapat tawaran sambung belajar,masa tu aku tengah mengikuti program Latihan Khidmat Negara siri 2/2007 dan segala persiapan taklimat semua family aku yang pergi sebab aku tak dapat nak datang yelah kalau dekat semenanjung je tak apa lah kan?ni dekat sibu sarawak tu ha..

Lepas tu aku pulang seminggu awal untuk mengikuti orentasi pelajar baru..aku dapat tawaran dekat Institut Profesional Baitulmal dalam bidang account dan bisnes tp account tu aku tak boleh nak bawak aku amik bisnes je.Dalam setahun lebih kot aku belajar nk amik sijil.Dipendekkan cerita sampailah satu hari tu aku mohon dekat Universiti Islam Selangor dan dapat tp tulah tak ada rezeki aku nak sambung kat situ kerana ada hal2 yang tak dapat nak dielakkan lagipon masa tu aku baru je dapat kerja dekat opis aku ni.

Jadi dah nak 3 tahun aku bekerja ni,tiba-tiba hati aku ni rasa nak belajar balik,Bukan sebab boring kerja ke tapi aku tengok sekarang ni kalau nak dapat kerja pon susah jadi naklah belajar tinggi-tinggi kan..yang jadi masalah sekarang ni aku nak sambung belajar dalam bidang aku minat.Aku tak naklah mensia-sia kan masa belajar untuk bidang yang bukan aku minat kan.

p/s:ermm..hati aku ni kuat sangat nak sambung belajar tapi boleh ke??

Monday, April 4, 2011

Strawberry Shortcake dan cerita rojak

Assalamualaikum..hari ni ak dok umah jelah sebab teringin nak wat kek..huhuh..asik aku ni wat tart je kan jadi teringin lah nak buat kek plak.Siang tadi aku pergi kenduri kahwin dan tema nya hitam+merah,macam tak cantik je..yelah sebab ada warna hitam kot..huhu..pengantin mestilah kena ceria ni tiba2 ada warna hitam mcm adoii..kelam je nampaknya tapi nasib pelamin dia cantik tau.


Ingat kan nak tunggu lah penggantin sekali tunggu punya tunggu tak sampai2 lagi daa..huhu..rupa2nya baru pukul 1.30 ingat kan dah pukul 2 jadi nya terus naik atas dan tido..hahaha..kek ni aku amik resepi dekat sini kalau nak tengok boleh lah,blog dia ada masuk majalah jelita lagi tau..


ni untuk filling

taraa..kek hasil tangan ku..

agk2 nmpak sedap ke atau biasa2 je..huhu

ni lah pelaminnya..cantik kan

makan utk petang
Dah petang2 tu tiba2 rasa nak makan ringan-ringan jadi terus bangun dan bancuh lah cekodok kentang tu.Makan lah aku dengan mak+abh aku..huhuh..hbis tu wat sikit je plak ingat kan tak ada permintaan sampai kan abah aku pon dok tertunggu-tunggu cekodok aku buat tu..hahaha..


p/s:hari ni dok umah je tak ada pergi mana dan malam kang nak tgk ABHPP..

Saturday, April 2, 2011

tempahan cheese tart oleh Mr.Dia

Assalamualaikum semua..adoii..dah lamanya aku tak on blog ni..huhu..sebab nya asik tak ada line je tenet ni tau menyampah i tau..hikhik..pastu hari ni aku ot lah nak siap kan kerja kot2 boleh update blog sekali intenet opis tak ada daaa...lemah den tgk ha.tak apa lah sekarang ni dah boleh update blog.


Hari Khamis aku buat tart yang diminta oleh Mr.Dia aku sendiri sebab kat opis dia hari jumaat ada wat kenduri doa selamat dah tahlil jadi semu staff kne bawak makanan sendiri tapi opis Mr.dia aku bayar separuhlah kan.


Tadi masa aku tengah ot Mr.Dia cakap tart aku sekejap je dah habis..huhu..maksudnya sedaplah tu kan..tepuk tangan sikit bgi sokongan kat aku ni ha..hahahah..Pastu tadi Mr.Dia amik aku kat opis then ktorang g wangsa walk nak makan ayam penyet sekali penuh daa, jadi ktorang makan chicken bbq jelah.Amik ko kne sampai 30 lebih tak pelah bukan selalu pon kan..hihi..Ni aku dah sampai umah jadi boleh rehat2 sambil layan cerita korea..huhu..daa..


ni menu air utk ak ngn mr.dia

kulit untuk chesse tart

taraa..chesse tart coklat..