Followers

Tuesday, February 14, 2012

Hijab??????

Assalamualaikum..


Ermm..dah lamanya aku tak mengupdate n3 kan3 sebab nya aku kerja tapi sekarang aku dah benti..heheh..boleh pulak macam tu kan,bukan aku nak memilih tapi ada cerita disebaliknya..lain kali lah aku cerita k sebab sekarang ni aku nak share satu video mengenai hijab yang sangat digilai oleh remaja zaman sekarang dan aku adalah salah seorang tapi aku taklah dalam kategori pemakai hijab/selendang tegar ok..heheh..aku dapat video ni pon masa berjalan-jalan di blog cik epal dan bila aku start dengar tu boleh dikatakan macam cinta pandang pertamalah..heheh..


ok berbalik kepada video yang aku nak share kan ni,sebenarnya aku pon 100% setuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai 'hijab' dan dia telah menyedarkan dan membuka mata aku mengenai 'hijab' ni.Aku sebenarnya bukan tak perasan fashion hijab sekarang tau,kadang-kadang aku tgk tu macam serabut dah tak kena dengan apa yang dimaksudkan oleh 'hijab'..harap korang faham lah ye apa pandangan yang aku cuba nak luahkan ni..jadi kepada wanita-wanita,remaja-remaja perempuan dan terutama untuk diri aku sendiri hayatilah kata-kata beliau dan berfikir dengan positif apa yang dimaksudkan 'hijab'




Dah habis tengok ke..huhuhu...jadi apa pandangan korang mengenai apa yang telah diperkatakan oleh sidia ni?setuju/reject atau korang rasa macam pape tah budak ni..walau apa pon pandangan korang,aku tetap setuju dengan kata2nya..daaa...

Monday, January 30, 2012

Kenangan baru dan lama

                                  
Ehem..ehem..pejam celik,pejam celik besok aku dah start kerja lah rupanya..arghhhh..macam tak percaya je aku dah kembali ke alam pekerjaan semula..hahah..poyo betul kan knon2 dah cuti lama pas2 dah tak geti2 cari duit ke ila oiii..kata nak kawin tahun depan???opssss..terlepas sudah..hahahah..


ok2 lupa pasal aku nak kawin tu..sebenarnya cuak jugak lah ni kot..huhu..macam mana lah situasi aku bekerja besokkan dan semestinya aku dah set dalam otak aku ni bahawa aku dah tak boleh nak bersenang-lenang,buka bf,tgk cita korea,download cita dgn kawan aku sorang tu dan macam2 lagi lah,bila teringat balikkan rindu tau sebenarnya walaupon keadaan kerja kat opis aku tu tak berapa nak sihat tapi aku tetap rindu nak kerja kat sana,gosip2 lepas 2 umpat2 dgn bos kecik aku pasal bos besar..hahahah..kadang-kadang tu time bos tak ada boleh pulak layan cita korea..hahaha..nakal jugak aku ni upanyakan.lagi satu walaupon bos lama aku tu india tapi sebenarnya dia ok,aku boleh cakap mcm tu pon mungkin sebab aku PA so adalah rapat sikit2..


Masa aku last hari tu pon tak dapat nak jumpa dia sebab dia dalam tempoh cuti bersalin..waaaaaa..rindu dgn ssm terutama dgn raja,cik kema,ida dgn cc sebab dengan diorang je aku bayak cakap sikit lepas2 raja dengan cc tu kadang2 jadi tempat aku luahkan perasaan jugak.Tapi sekarang aku kena lupakan tu semua dan mulai hari besok dengan bos baru rakan kerja baru dan paling utama keadaan kerja yang baru,harap2 aku dapat sesuaikan diri dengan keadaan yang serba baru besok ok..daaa..

Tuesday, January 24, 2012

kerja baru..kerja baru..

Assalamualaikum...

Yeahhhhh..aku dah dapat kerja baru setelah 2 bulan aku menjadi penggangur terhormat..hehehe..alhamdulilah akhirny kan lepas lah aku dari keboringan dan kebosanan..heheh..biasalah kalau orang dah biasa kerja kan pas2 lama2 dok kat umah memang terasa boring lah..

Excited jugak sebenarnya tapi takut kan,yelah nak menempuh suasana kerja yang baru kan tapi tak apa menimba pengalaman..masa aku interview 2 memang time tu jugak aku terus dapat tahu yang aku diterima bekerja disitu.Sebenarnya hati aku agak berat jugak nak kerja kat situ tapi bila dipikirkan sekarang ni peluang pekerjaan dimalaysia memang lah sgt2 kurang lgpon kerja di pon ok so aku pon terima lah..hehehe..tempat yang aku kerja ni lebih kepada syarikat printing lah dan yang best nya msa aku datang interview hari tu diorang tengah buat kad kawin untuk Lisa surihani dan Yusry kru tuuuu..hehehe..dapat lah jugak aku tengok kad diorang..hahaha..

Tapi syarikat yang bakal aku kerja tu memang selalu VVIP je yang pergi sebab nya memang mahal2 kot tapi itu apa yang diorang katalah kalau nak percaya kena tunggu aku kerja sana lah..heheh..aku start selasa minggu depan je lagi beberapa hari je kan..heheh..gedixx plak..
ok lah tu je yang aku nak kongsi kan disini..daaa...

Friday, December 30, 2011

Pulau Langkawi Part 1


Selamat berjumpa kembali..fuhh..letih2,tak habis-habis lagi ni tau walaupon aku tak bawak kereta..cop2 minah ni cita pasal apa ek tiba2 je??heheh..kan aku ada bagi tau yang minggu lepas aku bercuti bersama family ku di Langkawi.Kami gerak khamis malam tu kira nya melalui perjalanan malam lah kan,sampai dia kuala perlis pagi juma dalam pukul 7.30 dan terus beratur untuk beli tiket ke langkawi pula..nasib tak payan tunggu lama2 tau agaknya ktorg sampai pagi2 kan kalau tak mau petang baru dapat tiket.

Perjalanan ke Pulau langkawi mengambil masa dalam 45 minit hingga ke 1 jam lah jugak..adoii pening aku dok dalam feri tu lagi2 bila berombak kuat mmg terasa dan kecut jugak lah sekejap..hehe..disebabkan melalui perjalanan malam untuk langkawi bila sampai je rumah yang kami sewa masing-masing pon apa lagi tido dan beristirehatlahkan lagi2 kepada abg2 ipar aku yang kena drive dari malam sampai ke pagi tu.Kiranya hari jumaat tu memang aku satu family tak kemana lah cuma keluar makan malam sahaja.



Malam tu memang ktorang makan besar lah kot..hehe..oder ketam,udang,ikan lepas tu ada lah lagi yang kecik2..heheh..tp aku tak gemar sgt mkn lauk2 mcm tu tapi dah belanja kan aku makan jelah..heheh..Besoknya barulah ktorang berjalan tapi tu lah berjalan pon macam tak best sebabnya aku buah aku yang pakai baju hijau tu tak sihat asik berak2 je lepas tu muntak memang merengek jelah..Pagi besok nye masing-masing siap dan terus bergerak menujuk cable car..yahooo..memang siokkk naik itu cable car lagi2 bila dah sampai punca macam ala-ala titanic pon ada nasib Mr.dia aku tak ada kalau tak memang dah buat kot..hihih..gatal terlebih,dah2 stop.cer tgk gmbar aku di puncak bukit..

kan aku dah kata..ala2 titanic



tgh beratur..panjang kot ..




tengok2 betapa tinggi nye cable car ni tu belum sampai puncak..hehe..bila dah sampai tu kan keluar2 je dari cable car tu terus aku kata pehh..sejuknya kalah cameron tau..heheh..dengan angin yang kuat + sejuk lagi mmg kata best gila lah..heheh..lagi2 bila ktorang pg dekat jambantan tergantung dia diantara bukit2 kalau tak silap aku lah..

ni lah kat jambatan tu,,



nak turun dah masa ni..


Ni baru hari pertama berjalan belum lagi hari ke-2 dan ke-3..heheh..soo..nanti2 lah aku sambung ok..daa..



Thursday, December 22, 2011

ish..ish..lamanyaaaa...

       

Hai..apa khabar lah blog pink-pink aku ni..hahaha..dah lama betul aku tak menjenguk apatah lagi nak mengupdate n3 kan..kan..biasalah sejak2 dah tak bekerja ni memang selalu bz ye dirumah ingat dok umah boleh goyang kaki je ke..oh.no..no..no,kena jaga anak2 buah den kottt..hahaha..

Minggu lepas kan aku pergi interview dekat LPPKN tapi jawatan sambilan lah,banyak pulak tu dia tanya kat aku mungkin sebab aku pernah kerja kot kan dia tanya pengalaman kerja aku lah dan nasib baik apa yang dia tanya 2 aku boleh jawab..huhu..tapi cuak jugak woo..first2 soalan yang dia tya apa nama pengarah LPPKN..fuhh..dalam hati aku agak dah mesti diorang akan tanya punya nasib dah study dulu malam sebelum tu..hihih..kalau tak mau aku melopong kat dalam tu tapi tu lah aku ingat kan kat ibu pejabat rupa2nya dekat putrajaya..huhu..sodih den dogar tau tapi nak wat macam mana aku pon tak lah mengharap sangat memandang kan di putrajayakan..

Lupakan hal 2 semua..yahooo..malam ni aku akan berangkat ke LANGKAWI cuti bersama-sama family tercintaaa..sebenarnya percutian macam 2 dah jadi rutin dalam family aku dalam setahun tu mesti ktorag akan rancang nak pergi bercuti ke mana2 lah contohnya macam tahun ni ktorang rancang nak ke Langkawi tapi kakak aku yang no 3 tak dapat pergi lah sebab ada masalah2 yang tak dapat dielakkan.Malam ni kot ktorang bergerak insyallah kan..kemas2 baju pon belum lagi..hehe..boleh pulak macam tu kan,tak apa relax lah dulu banyak masa lagi.Aku cadangkan kat mereka2 yang diluar sana, pergi lah ajak family bercuti2 dapat jugak korang  mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga..lagi- lagi bagi diorang2 yang mak ayah bz kan sekali sekala tu ajak je diorang jalan2 kalau tak dapat pergi jauh2 dekat2 pon tak apa janji keluar bersama keluarga kan,janganlah asik kuar dengan kawan,pakwe,makwe dah macam tak ada family pulak kan..huhuh..jgn marah ye aku bagi pandangan je...

So..malam ni kami sekeluarga akan bergerak dan insyallah pagi akan kami sampai ke jeti untuk menaiki feri..aku doa perjalanan aku sekeluarga di dalam perlindungan ALLAH dari awal kami berangkat pergi dan balik..aminn..korang pon jangan lupa doa kan keselamatan aku dan keluarga ye..huhu..nanti aku bagi coklat kat korang sorang satu..ok..

p/s : LANGKAWI saya datangggggggg...hhahah..tapi tinggal Mr.dia kat kampung..huhu..

Saturday, December 10, 2011

Panas..panas..

Selamat petang semua..buat apa di hujung2 minggu ni?mesti ada yang pergi jalan2 ngn kawan2,dating2 ke tak pon dengan family..pape pon mesti best kan dapat luangkan masa dengan mereka2 yang tersayang..macam aku lah kan..eceh..eceh..gedizzz..hahaha..

Sebenarnya aku baru je balik berjalan dengan Mr.dia, dah 2 minggu kot tak jumpa..huhu..ada kangan sikit dong.Ok berbalik kepada cerita tadi sebenarnya aku pergi dataran maybank ada mcm job fair tapi maybank sahaja lah kan,pehh memang ramai gila dan nampak sangat generasi muda2 di malaysia ni banyak lagi yang tidak bekerja mungkin jugak peluang2 pekerjaan di malaysia ni makin berkurangan,mana tak nye kan cuba pikir2 balik bayangkan tiap2 tahun pasti akan ada pelajar sekolah yg tamat F5, mana yang mampu boleh lah sambung belajar kan tapi mana yang keluarga susah dan tak mampu mesti diorang nak kerja tolong family masing-masing,itu tak tambah lagi dengan pelajar yang lepasan U ke kolej ke, kan makin bayak tu..contoh terdekat aku ni jelah kemain payah nak cari kerja tapi kita tak lah boleh putus asa kan insyallah allah tu pasti bagi rezeki janji kita rajin usaha.

Semalam plak tiba2 ada satu panggilan dari LPPKN aku pon macam blur2 sikit,hahah..padahal aku ada mohon jawatan kat situ dan,dan,dan aku telah dipanggil untuk ditemuduga tu..huhuh..alhamdullilah rasa hapy sgt walaupon belum tentu aku dapat kan tapi itu pon dah kira ada peluang untuk aku rebut jawatan tu. Khamis minggu depan aku kena pergi sana harap2 boleh menjawab soalan2 mereka tu..hehe..Lepas dah pergi dataran maybank tu pulak aku singgah TS ingat nak cari kasut dan baju selai, lama jugak aku dan Mr.dia ronda2 kat TS tu tapi tak jugak jumpa benda yang berkenan di hati,alik2 dah nak balik tu baru jumpa..adoiii..rasa nak tercabut tapak kaki aku ni tau,penatnyeeeee
baik korang ckp lawa tasut ni..hahha..
Kasut mcm 2 lah yang aku cari tapi ada lain sikit lah tapi cantik jugak dan yg penting Mr.dia pilih dan bayo..hahah..punya lah payah tapi nasib jumpa jugak kan.lepas tu aku ada lah beli rantai 2 utas..saja nak ngada2 sikit kan




dah habis membeli ktorang pon balik tapi best sebab dah lama tak shoping..heheh..daaa..

Monday, December 5, 2011

Bermula lah kisah yang baru


Apa khabar semua?erm diam tak diam dah nak masuk awal bulan lepas tu dah masuk tahun baru,kejap sangat masa berlalu dengan begitu pantas sekali kan tiba-tiba aku rasa macam baru je aku masuk kerja rupa-rupanya dah habis pon.Buat masa sekarang ni aku masih tiada pape pekerjaan lagi cuma aku ingat nak amik lesen kot sementara dok umah ni kan tak adalah aku rasa boring sangat dok umah.

Hari jumaat lepas bapak aku ajak pergi titiwangsa bawa anak2 buah aku yang 4 orang tu dan tak lama lagi masuk 6 orang dah..huhu..macam tak caya je aku dah jadi makcik ek kalau tak dulu aku lah yang paling kecik tapi sekarang dah ada anak buah tapi tetap gaduh dengan mereka2..kahkahkah..tak patut betulkan..

ni dia bodyguard aku..hahah
apa macam takut tak denan guard aku ni..hahaha..sepatutnya ada lagi sorang tapi tak sampai setahun pon takkan lah aku nak bawak jugak kan tak pasal2 xde orang nak ngorat aku kang..hahah..aku pergi sana pon dalam pukul 9 macam 2 lah saja bapak aku nak bawak diorang main2 kan dengan tak mandi nye yang budak 2 orang depan tapi belasah jelah,budak lagipon kan..hahah..Dalam perjalanan tu terserempak dengan krew2 yg tgh shooting siap ada almy nadia lagi dan badan dia nampak agak gemok lah dan rendah je orang nye...huhuh

fitri & aqeef



apa motif aku mcm 2 ek??





Penat jugak sebenarnya aku nak melayan karenah budah dua orang tu.hihi..dah macm berjogging aku rasa tau memang tak makan saman nasib lah anak buah sendiri kan..kihkihkih..lepas dah penat2 tu kami pon balik.

p/s:minggu lepas tak dapat jumpa mr.dia pon..huahuahua..sedihhhhhhh..