Followers

Thursday, March 31, 2011

Tutoriul : ada gambar dalam shoutbox

hai..hai..hai..ok2 sekarang ni aku sangat teruja sebab aku dah berjaya membuat kotak menjerit aku tu ada gambar yg comel lagi-lagi warna pink tu ha kan..huhuh..jadi supaya ilmu yang aku dapat ni aku tak lupa kan denga segara jadi aku bercadang nk berkongsi dengan korang semua yang berminat.

Tadi aku jalan ke blogger-blogger yang follow aku ni dan jalan punya jalan sekali terjumpa blog ni..yang memang banyaklah tutoriul yang dikongsi jadi aku pon berminat.mula-mula aku buat memang tak menjadi tp aku tak berputus asa.haahha..aku try sampai dapat dan aku jumpa kenapa benda tu tak jadi, sebab adalah kan.Pape pon tak nak cakap banyak jom aku kongsikan.


Kepada yang ada shoumix tu dah ok sangat tp kepada yang belum tu korang pg daftar cepat2 baru boleh join..eheh..Ok.dah ada shotmik.


  • mula2 pg dekat edit html yang dah memang sedia ada(pastikan copy dulu korang punya shoutmix yang asal)
  • copy kod yang di bawah ni
<div id="edited" style="width:250px; height:350px; background:url(http://www.bestiphonewallpapers.com/bulkupload/081109/Cartoon/PinkHelloKitty.jpg) no-repeat left top; padding-top:-5px; padding-left:0px; position:relative" align="center">


<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->

<iframe frameborder="0" title="meteoragurlz" height="350" src="url shoutmix anda" id="r" style="filter:alpha(opacity=50);opacity:0.55;-moz-opacity:0.55; display:block; " scrolling="auto" width="250">

<a href="url shoumix anda">View shoutbox</a>

</iframe>></div>


<!-- End ShoutMix -->


  •  (gantikan url pilihan anda pada tulisan yang berwarna Merah)
  •  untuk memilih pilihan gambar boleh pg ke sini dan gantikan dengan tulisan berwarna hijau (pastikan saiz background lebih kurang saiz shoutmix anda)
  • untuk tulisan biru gantikan dengan nama blog anda.
  • pastikan setiap height dan width adalah sama contoh (height :250 width:350 maka untuk yang bawah pon sama)
  • dinyatakan disini jika anda memilih warna yang terang apabila di shoutmix kan tetap nampak cair /kabur.

    bila selesai ikut proses yang dinyatkan diatas preview kan dahulu jika puas hati dan nampka cantik baru lah save ye..


    p/s:selamat mencuba.kalau tak paham boleh lah tanya..




resepi blueberry cheese tart

Selamat pagi semua..uwaaa..mengantuk plak aku rasa pagi ni..huhhu..ok saja2 nak share resepi hari ni sebab hari tu ada ditanya oleh cik anis.


Jadi aku pon bagi lah untuk memenuhi hajat cik aniss kita ni..hehehe..saja2 je nak bagi lagipon aku tengah kekeringan idea nak update post baru..hahah..sebab aku taklah mcm blogger2 lain yang selalu menghudate dan N3 mereka-mereka yang baru.Dah kita layan jelah respi dibawah..zasss..




Bahan-bahan (pastri)
  • 125 g butter
  • 63 g gula halus (tapi aku pkai gula aising)
  • 250 g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan (filling)
  • 250 cream cheese (philadephia)
  • 20 g butter
  • 60 g gula halus
  • 1 biji telur
Cara2 untuk pastri
  • Mula-mula pukulkan butter dengan gula menggunakan senduk hingga sebati.kemudiaan masukkan telur dan esen vanilla dan sebatikan.
  • Masukkan tepung yang telah diayak perlahan-lahan sambil digaul sebati sehingga tepung habis.Sedudah itu boleh lah adunan pastri tadi dimassukan kedalam acuan pastri.
  • Bakar 190' C selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
Cara2 untuk filling
  • Potongkan cream cheese tadi kepada kecil-kecil.
  • Masukkan kan butter bersama chesse yang telah dipotong kecil2 ke dalam mix dan putar sehingga sebati.
  • kemudiaan masukkan gula dan telur.
  • sesudah pastri masak masukkan filling ke dalam pastri dan letak jem kesukaan kemudiaan bakar selama 10 ke 15 minit.
p/s: tart ni sedap,agak2 nak makan buat je tak payah beli dekat luar..untung sebenarnya boleh buat sendiri sebab lagi puas..selamat mencuba. 

Tuesday, March 29, 2011

Tutoriul : Efek salji pada kursor mouse

Hai..selamat petang semua..ok hari ni aku nak bagi sedikit cara-cara untuk mengubah kursor mouse ada salji mengikut warna kegemaran anda.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget => HTML/Javascript.


Langkah 2

Salin kod biru dibawah dan paste pada ruang Content HTML/Javascript.

p/s: Anda boleh mengubah warna efek dengan mengubah kod yang dibold. black boleh di ubah kepada warna kegemaran. Jika anda meminati warna merah contohnya, anda boleh gantikan black kepada pink.

kod :

<script type='text/javascript'>
// <![CDATA[
var colour="black";
var sparkles=100;

var x=ox=400;
var y=oy=300;
var swide=800;
var shigh=600;
var sleft=sdown=0;
var tiny=new Array();
var star=new Array();
var starv=new Array();
var starx=new Array();
var stary=new Array();
var tinyx=new Array();
var tinyy=new Array();
var tinyv=new Array();
window.onload=function() { if (document.getElementById) {
var i, rats, rlef, rdow;
for (var i=0; i<sparkles; i++) {
var rats=createDiv(3, 3);
rats.style.visibility="hidden";
document.body.appendChild(tiny[i]=rats);
starv[i]=0;
tinyv[i]=0;
var rats=createDiv(5, 5);
rats.style.backgroundColor="transparent";
rats.style.visibility="hidden";
var rlef=createDiv(1, 5);
var rdow=createDiv(5, 1);
rats.appendChild(rlef);
rats.appendChild(rdow);
rlef.style.top="3px";
rlef.style.left="0px";
rdow.style.top="0px";
rdow.style.left="3px";
document.body.appendChild(star[i]=rats);
}
set_width();
sparkle();
}}
function sparkle() {
var c;
if (x!=ox || y!=oy) {
ox=x;
oy=y;
for (c=0; c<sparkles; c++) if (!starv[c]) {
star[c].style.left=(starx[c]=x)+"px";

star[c].style.top=(stary[c]=y)+"px";
star[c].style.clip="rect(0px, 5px, 5px, 0px)";
star[c].style.visibility="visible";
starv[c]=50;
break;
}
}
for (c=0; c<sparkles; c++) {
if (starv[c]) update_star(c);
if (tinyv[c]) update_tiny(c);
}
setTimeout("sparkle()", 40);
}
function update_star(i) {
if (--starv[i]==25) star[i].style.clip="rect(1px, 4px, 4px, 1px)";
if (starv[i]) {
stary[i]+=1+Math.random()*3;
if (stary[i]<shigh+sdown) {
star[i].style.top=stary[i]+"px";
starx[i]+=(i%5-2)/5;
star[i].style.left=starx[i]+"px";
}
else {
star[i].style.visibility="hidden";
starv[i]=0;
return;
}

}
else {
tinyv[i]=50;
tiny[i].style.top=(tinyy[i]=stary[i])+"px";
tiny[i].style.left=(tinyx[i]=starx[i])+"px";
tiny[i].style.width="2px";
tiny[i].style.height="2px";
star[i].style.visibility="hidden";
tiny[i].style.visibility="visible"
}
}
function update_tiny(i) {
if (--tinyv[i]==25) {
tiny[i].style.width="1px";
tiny[i].style.height="1px";
}
if (tinyv[i]) {
tinyy[i]+=1+Math.random()*3;
if (tinyy[i]<shigh+sdown) {
tiny[i].style.top=tinyy[i]+"px";
tinyx[i]+=(i%5-2)/5;
tiny[i].style.left=tinyx[i]+"px";
}
else {


tiny[i].style.visibility="hidden";
tinyv[i]=0;
return;
}
}
else tiny[i].style.visibility="hidden";
}
document.onmousemove=mouse;
function mouse(e) {
set_scroll();
y=(e)?e.pageY:event.y+sdown;
x=(e)?e.pageX:event.x+sleft;
}
function set_scroll() {
if (typeof(self.pageYOffset)=="number") {
sdown=self.pageYOffset;
sleft=self.pageXOffset;
}
else if (document.body.scrollTop || document.body.scrollLeft) {
sdown=document.body.scrollTop;
sleft=document.body.scrollLeft;
}
else if (document.documentElement && (document.documentElement.scrollTop || document.documentElement.scrollLeft)) {
sleft=document.documentElement.scrollLeft;
sdown=document.documentElement.scrollTop;
}
else {
sdown=0;
sleft=0;
}
}
window.onresize=set_width;
function set_width() {
if (typeof(self.innerWidth)=="number") {
swide=self.innerWidth;
shigh=self.innerHeight;
}
else if (document.documentElement && document.documentElement.clientWidth) {
swide=document.documentElement.clientWidth;
shigh=document.documentElement.clientHeight;
}
else if (document.body.clientWidth) {
swide=document.body.clientWidth;
shigh=document.body.clientHeight;
}
}
function createDiv(height, width) {
var div=document.createElement("div");
div.style.position="absolute";
div.style.height=height+"px";
div.style.width=width+"px";
div.style.overflow="hidden";
div.style.backgroundColor=colour;
return (div);
}
// ]]>
</script>

p/s : harap info ni berguna kepada anda ye..sebab kepada blogger2 yang baru macam aku ni benda-benda info macam ni mesti korang nak cari punyalah kan..pape pon selamat mencuba ye..

Monday, March 28, 2011

Apakah makna ucapan 'TERIMA KASIH' bagi korang


Salam semua..Erm..hari ni tiba-tiba aku nak meluahkan pendapat aku mengenai makna ucapan 'terima kasih' ni.Yelah masyarakat sekarang susah nak menyebutkan ucapan terima kasih tu, aku pon tak taulah kenapa?mungkin mulut diorang susah kot nak meluahka ucapan tu atau jenis memang tak menghargai pertolongan orang.

Aku bukan apa, bukan lah nak cakap diri aku ni bagus kan sebab aku ni pon manusia biasa ada kekurangannya tapi bagi aku ucapan terima kasih tu memang sangat bermakna bagi aku.Kadang-kadang bila orang mintak pertolongan aku ni bila dibalas dengan 'terima kasih' rasa macam sejuk je hati ni,aku rasa happy dapat tolong sebab pertolongan aku tu dihargai walaupon dengan ucapan terima kasih.Aku bukannya mengharapkan disanjung atau apa-apa aja cukuplah dengan ucapan tu.

Tapi bila kita tolong orang lain dan orang tu tak menghargai pertolongan kita apa korang rasa??mesti macam sedihkan,ye memang aku rasa sedih bila pertolongan aku ni tak dihargai kalau aku berdepan dengan orang macam tu..mungkin ada yang beranggapan aku ni kuno atau tak sporting tp tu lah hakikatnya yang aku rasa lagipon budi bahasa tu kan budaya kita..hahaha..

Sepanjang aku kerja kat sini aku ada jugak perasan orang-orang yang selalu bagi ucapan terima kasih walaupon pertolongan aku tu sedikit je dan aku memang dah terbiasa kot kalau aku mintak pertolongan orang mulut aku ni msti dengan lancarnya mengucapkan terima kasih agar aku berharap orang itu akan rasa senag hati bila aku mengucapkan perkataan tu.

p/s : mungkin post aku kali ni agak serabut atau skema kalau rasa tah apa-apa korang tak yahlah baca ye.huhu..tapi2 apa pendapat korang plak mengenai tajuk post aku kali ni..

 

Sunday, March 27, 2011

Hari minggu yang best bersama Mr.Dia

Assalamualaikum semua dan selamat malam..


Ok dah satu hari kot aku tak buka blog sebab nya tak sempat+syok berjalan dan penat sangat..hehe..so ape cer?hari minggu tak pergi mana2 ke?mustahil lah kot tak pergi mana2 korang kan kuat berjalan..haah..sesuka hati aku je kan.


Knon-konon nya hari sabtu aku nak pergi PWTC tapi disebab kan ada hal-hal yang tertentu langsung aku tak jadi nak pergi.Pagi tu pukul 10 aku dah kuar dengan Mr.Dia menuju ke rumah kakak aku sebab diorang plan nak pergi Pusat Sains Negara,ada pertunjukan dinasour itu pon dah sampai sana dalam pukul satu lah.


Bila aku masuk memang seronok gila lah lagi2 dapat pergi dengan Mr.Dia kan..ahakss..dah lama aku tak pergi pusat sains tu tau..last aku pergi masa darjah berapa pon aku tak ingt lepas tu tak pernah jejak kaki ke sana sampai lah semalam.Agak takutlah bila tengok dinasour tu sebab diorang buat bunyi binatang tu memang menjadi sangat2 aku nak amik gambar pon takut.Yang paling kelakar masa tu aku nak amik gambar tau time tu tak ada suara pape pon sekali tiba2 binatang tu kuar kan suara..haa..amik ko kan aku dah menjerit semua pandang tau..malu i masa tu..huhuh..


Satu hari suntuk aku kat sana,melayan anak buah aku yang aktif tu lagi..adoii..penat tau nak mengejar dia tu..tapi yang peliknya kali ni anak buah aku tu kemain rapat gila dengan Mr.Dia a.k.a bf aku tu..asik melekat je dia dengan budak tu tau..huhuh..tak taulah kenapa,mungkin sebab Mr.Dia aku ni memang suka layan budak2..huhhu.Ktaorang kat sana sampai pukul 5 tu sebab diorang dah bg tau yang dah tutup kalau tak memang ktorang tak perasan masa dah berlalu sebab best kat sana boleh main2 lagi..hehe..


Pukul 10 baru lah aku sampai umah..nasib aku tido umah kakak aku sebab mak dengan abah aku balik kampong kat N9 jadi malam tu aku memang teramat lah penat tapi best.Ok lah aku bagi korang tgk gambar aku g jejalan ye..


tgk ank buah aku tu melekat je



tgk2 ada je si kecik ni tau..haha


takut derr..
mindball

aku dan Mr.dia






Saturday, March 26, 2011

Butter Chesse Cake

Selamat pagi semua..dah sarapan kew?aku?belum lagi baru je bangun dan terus on laptop dan semestinya tak mandi lagi..hahahah..apa lah punya anak dara kan bangun pagi2 tapi tak mandi lagi,nasib mak aku dah balik kampung pagi2 ni kalau tak dia bising gak kot.


Haa..lupa kan cerita pasal tu,semalam aku buat kek tau..huhuh..rindu rasanya nak buat kek ni sejak2 penyakit malas aku dah datang tp tu lah semangat rajin aku tibe2 je datang dan terhasil lah 'BUTTER CHEESE CAKE'.Aku tak ingat lah aku amik resepi dia dekat mana..huhuh..tapi memang manjadilah kek ni dan sangatlah sedap sampai mak dengan abah aku pon puji sedap..manis tak manis sangt elok untuk tekak diorg..huhuh..Dahlah malas nak cerita tgk lah hasil aku buat kek ye.


masa ni pukul putih telur

putih telur + cheese butter

sebelum masak

taraa..dah siap pon..

ni gambaran belah belakang

haa..jgn jelus masa untuk makan
p/s: jadi ada sapa2 yang terliur takkk..hahaha..

Friday, March 25, 2011

satu hari di hari Jumaat

heheh..tajuk tu macam untuk tajuk lagu raya je kan..tapi takpelah abaikan je tajuk tu tak penting pon kan..huhu..Tenghari tadi aku pergi menara celcom dekat jalan semarak sekali dah sampai sana tutup daa..terpaksalah aku pergi yang dekat dengan hospital pusrawi tu.Ok dah sampai sana berlakula satu dialog :

aku : kak saya nak tukar sim kad sebab cip sim saya dah rosak..
celcom: daftar atas nama sendiri atau nama orang lain.?

aku: atas nama orang lain
celcom:ada bawak dan surat dari owner ke untuk wakil??


Pehh..terus aku bla,padahal kan aku nak tukar sim kad aku je tu pon nak kne wat surat bagai ke??memang menyushkan betul lah celcom ni.Dahlah aku dah pergi dua tempat bila dah sampai tak boleh tukar plak.ishhh..geram betul aku dengan celcom ni.


Masa pergi tadi aku lalu depan dataran merdeka punyalah jam jalan,rupa2nya ada buat pengambaran filem dan aku terserempak lah dengan pengarah muda piere andre yang tengah bagi arahan dekat krew dia.uhuhuh..nak buat filem apa lagi lah tu agaknya kan.??


p/s:agak2 masuk tak muka aku tadi??uhuh..perasannnnn..

Jom serbu 'BN Youth Job Fair 2011'@PWTC

 Selamat pagi kepada semua2..Tgh buat apa tu..heheh..tak aku cuma nak kongsi maklumat je..korang tau tak hari jumaat ni sampai ahad ada pameran kerja kat PWTC??Ha?korang tak tau..ish2..ok xpe biar aku yang bagi tau naa..



Bermula 25.03.2011 sehingga 27.03.2011 iatu jumaat-sabtu berlangsungnya pameran kerjaya di PWTC@Dewan Tun Razak.Jadi aku memang sabtu ni merancang nak mencuba nasib disana manalah tau kot2 ada yang tersangkutkan..Jadi kepada penganggur sekalian(waa..kejamnya ayat) sila lah beramai2 datang kesana ye..tapi korang bukan boleh pergi melenggang mcm tu je tau..korang kne regester dulu dekat sini.


Lepas dah register kat situ dan korang dah dapat cod bar baru boleh korang pergi sana soo.. just scan je kat booth pameran tu baru korang  apply kerja yang korang nak tu.Dalam lawan web tu korang akan diberi dua regester yang pertama upload resuma atau regester online.Jadi kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai pamera kerja tu kunjungilah lawan web yang aku link kan tu ye..


p/s:harap info ni berguna utk aku dan korang dan GOOD LUCK..

Thursday, March 24, 2011

Seorang pelajar CINA mendapat A+ dalam Tasawwur Islam

Asalamualikum..Ok kat sini aku nak kongsi kan sadikit info mengenai pelajar cina yang mendapat A+ dalam tasawwur islam.Waaa..sungguh terkejut kan..tak pelah aku pon tak membebel banyak jadi aku sediakan sedikit petikan mengenainya ok..




Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini. Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam," kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu. Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.
"Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya. "Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan," kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu."Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan. "Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga," kata anak kelima daripada 10 beradik.
Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi. Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya.
- Kuala Terengganu, 23 Mac 2011

Wednesday, March 23, 2011

Nak cari kerja..

Selamat Petang..urmm..tiba2 je risau pasal kerja..yelah aku ni bukan bekerja tetap pon hanya sambilan je di pejabat kerajaan ni,Nak 3 tahun aku berkhidmat disini tapi aku tau diorg memang tak akan serap tetap.Kadang-kadang bila aku tengok keadaan sekeliling yang bila dah ada kerja bagus tapi buat main-main,selalu cuti dan sebagainyalah,agaknya sebab gov ni susah nak buang orang jadi diorg tak amik kisah sangat kot.

Sekarang  ni bukan aku nak bercerita mengenai diorg tu tapi pasal 'AKU'.Erm..bulan 11 ni perkhidmatan aku dekat sini dah habis,agak2nya masa tu aku dah dapat kerja ke belum ye??risau jugak bilak dingat2 kan..aku berusaha mencari kerja macam-macam permohonan aku dah mintak tapi belum rezeki aku agaknya satu panggilan temuduga pon aku tak dapat lagi..rasa sedihlah jugak..aku ni tak layak ke ek??urmm..

Hari sabtu ni kat PWTC ada Job Fair jadi aku nak mencuba nasib disana..manalah tau kot2 ada jodoh aku kat sanakan.Mana tau kuasa allah kan..bak kata orang 'tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu'hahaha..berbahasa pulak aku kan.Pape pon aku akan cuba yang terbaik ok dan doa2 kanlah ye..

p/s:sebenarnya aku ni paling takut bila nak pergi interview rasa macam tak yakin je tau..hahah

Monday, March 21, 2011

Nak cerita apa ek??huhuh

Hai salam kepada semua..sebenarnya dari ahad minggu lepas aku nak bercerita tapi disebabkan kemalasan ku yang meninggi untuk aku update post jadi aku wat tak layan jelah..lagi2 bila aku dah syok layan cerita korea..hahaha..nak tau?aku ni peminat cerita korea tau..kekadang tu aku tgk online je kat sini katsitu banyak cerita korea tau jadi kepada mereka2 yang minat kat pelakon korea enjoylah kat url tu ye..

Ahad hari tu aku pergi tgk wayang dengan Mr.Dia..agak2 korang aku tengok cerita apa?mstilah cerita hikayat merong mahawangsa.Aku komen sikitlah pasal cerita tu ye..Ceritanya boleh dibanggakan sebab yelah dekat malaysia tulah produksi yang pertama buat cerita genre epik kan,pelakon dia pon ada yang amik dari antarabangsa..aksi perlawanan pon nampak real dan bagi aku dari 10 bintang tu boleh bagi 9.5 bintang ar..heheh..jadi kepada yang belum tengok tu baik korang tengok kita sokong filem buatan malaysia ok.


Lepas habis tengok wayang aku nak pergi jalan tar lah pulok..hehehe..bukan apa,biasalah pompuan kan ada je tempat nak berjalan lagipon aku nak cari selendang baru..huhuh..Tapi tak lama lah aku kat sana lepas pekena laksa dan kebetulan hujan pon turun membasahi bumi..cewah..haha..terus bangun dan bla lah apa lagi tak kan nak kena hujan kot..kahkahkah..

Ahad Petang tu pulak aku wat tart,aku kan peniaga tart dan muffin secara kecil-kecilan jadilah untuk menanpung aku yang kuat belanja ni..hihihi..tapi tak sempat lah nak upload gambar takpe2 nanti i masukkan ye..

ni gambar ank buah aku sebelum ak nk g kerja..comeikan..

p/s:hari ni aku pose.ermm..nak makan apa ye berbuka nanti..huhuh

Thursday, March 17, 2011

-Selamat Hari Lahir Cik Rimau-





Selamat petang semua hari..hehehe..aku baru lepas menyambut hari lahir seorang kawan aku di opis ini iaitu cik rimau.

Sepatutnya majlis tadi sambut dengan birthday bos aku sekali tapi malang nya bos aku ada meeting jadi tak berapa ramailah yang ada sebab yang lain pon ramai dah balik kan.Tapi walaupon berapa kerat je yang datang majlis birthday tadi memang happy gila..asik gelak2 jekan mana taknya diorang asik wat lawak je..hahaha..

taraa..nyum2

posing sakan...yg potong kek tulah cik rimau

tukang gelak..hahah


 Pape pon 'selamat hari lahir' kepada cik rimau atau raja..semoga panjang umo,dimurahkan rezeki..diberkati allah selalu dan cepat2 kawin ye..hahahah..



Ketahui tarikh lahir anda dalam bulan islam dan personaliti

Selamat pagi semua..dah sarapan ke??kalau belum buat-buat lah pergi makan ye kang tak pasal-pasal ada orang jatuh sakit pulak..huhu..

Kenapa pulak tibe2 aku nak cerita pasal ni ye?ermm..pagi tadi Mr.Dia aku tibe-tibe tanya aku dalam bulan islam aku lahir bulan berapa jadi aku mne lah tau dan aku tersangatlah pasti tak semua umat islam di luar sana tu terutama di malaysia tahu mengenai bulan bila korang lahir dalam kalender islam kan.Jadi aku pon nak sharing-sharing lah pengetahuan tu disini.

Mula-mula korang pergi dulu kat sini masukan tarikh,bulan dan tahun korang selepas itu click dekat christian to islamic date,selepas dah kira jom kita tengok makna bagi bulan dalam islam di bawah ni pula..jom layannn..

HIJRAH
  • Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM (1)
  • Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR (2)
  • Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL (3)
  • Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR (4)
  • Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL (5)
  • Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR (6)
  • Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB (7)
  • Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN (8)
  • Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN(9)
  • Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL (10)
  • Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH (11)
  • Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH (12)
  • Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
p/s:aku dah kira dan memang personaliti bulan aku tu ada yang kena dengan diri aku ni ha..huhuhu..korang mcm mne plak.nanti nak sambut hari lahir bulan islam pulak lah..hehehe..

Wednesday, March 16, 2011

contest saya bangga ada ibu



Hai2 semua..selamat petang..ok post kali ni aku nak buat khas untuk contest yang buat
oleh ksp untuk kita mengenagkan jasa ibu yang telah menjaga dan membesarkan kita selama ini.Benda ni pon aku tau dari sri juju jadi aku pon saja2 nak join mnelah tau kot2 ada rezeki kan..hehehe


 saya sayang mak saya..muaahhh

pastu nak tag dekat

heheh..siap sudah..harap2 lah ada peluang ye..mekasih 

p/s:bila tgk contest ni rasa sedih dan terharu plak..love u mom

Tuesday, March 15, 2011

aku kne tag lah: Mari Kenal Rakan Blogger

Wahh2..kan dah 3 hari aku tak buka blog sebab bercuti dan pagi2 tadi aku buka blog tetibe aku di tag oleh cik rimau


Alamak kne jawab ke??ermm..memang kne jawab pon,yelah dah banyak kali cik rimau pesan suh aku jawab tau..ha amik ko padan muka kne jawab..jadi malam ni baru aku berkesempatan nak menjawab soalannya..huhuhu


1) Adakah anda rasa anda hot??
  • Hot ke ek??huhuhu..hot lah kot sebab orang yang minat pink ni mmg cute sikit..kahkah..perasan je lebih kan. 
2) Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang

gambar ni aku pakai untuk blog dan ym
yang ni aku pakai utl wallpaper kat laptop aku
gambar ku di facebook
3)Cerita pasal gambar profile.
  •  Gambar yang aku pegang kipas tu aku letak kat ym dan blog.aku suka tengok gambar tu sebab nampak macam ada rahsia disebalik kipas tu kan..kahkahkah..
  • Gambar untuk laptop aku tu plak sebab tu semua kawan2 rapat aku masa sekolah hingga sekarang..gambar baru lagi tu masa kawan sek aku nikah..
  • haa..aku berbaju oren sambil pegang bunga..cantik x?uwekk..msti nak nak termuntahkan...hahaha..ak suka gambar tu sebab ada ciri2 nak jadi bakal pengganti tuuu..
4) Bila kali terakhir makan ayam?
  • Semalam,makan dekat lumut..peh memang sedap siot..heheh
5)Lagu terakhir yang anda dengar?
  • De heart..best lagu tu sejak2 aku dengar orang kat opis aku pasang..huhu 
6)Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
  • mesej dengan Mr.Dia aku,berfacbook dan makan sate beli kat lumut..ahakss..
7)Selain nama sendiri,anda dipanggil apa?
  • banyak kot sebab diorg suka panggil ak sukahati je tau.ila,fazil,kecik,acu dan paling best adik..hahah..
8) Tag 8 orang (Terpulanglah nak tag sape2 pulak lepas nie atau tak. Dan pada sesiapa yang berminat) 
9)Siapakah no 1 anda?
  • kak ain..dia blog pertama yang aku suka ikut..huhu..
10)Katakan sesuatu tentang no 5.
  • hurmm..cik sri juju ni,blog dia best banyak info yang aku dapat dan yang paling best blog dia warna pink..hehe..
11)Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
  •  alamak tu aku tak tau lah pulak tak sempat nak menanya..hehe
12)Bagaimana pula no 4?
  •  blog dia ada lagu yang sangat sentimental yang memboleh kan aku berada di awang-awangan..hahah..
13)Pesanan buat no 6?
  • saya tag cik rimau balik ar.dalam hidup ni kena lah banyak2 bersabar ye rimau manja..aummm..hakhak..
14)Kata-kata cinta buat no 2?
  • cinta??alamak,tak boleh.pape pon aku suka blog mat gebu..
15)Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan
  • yup..dua2 wanita dan dua2 adalah sebaya..
16)Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1.
  • kak ain ni seorang guru
  • sudah berkawin selama 1 tahun lebih
  • mempunyai anak yang sangat comei iaitu zaheen
  • suaminya jugak mempunyai blog
  • suka memasak(ye ke?sebab aku tgk blog dia ada masak2..hehe)
17)Persamaan antara kambing dan lembu?
  • kedua-duanya mempunyai ekor dan berkaki empat
18)Perasaan ketika jawab tag ini?
  • terharu dan agak pening nak jawab soalan yang banyak ini..ahaks..
19)Adakan anda tahu rizman itu sengal?
  • ish2..idok lah teman tau sebab teman pon tak kenal sapa rizman tu..
20)Gay or Les?
  • adoii..dua2 pon tak ok,aku adalah normal dan sudah mempunyai Mr.Dia.teett..

p/s:fuhh..akhirnya siap jugak aku menjawab soalan2 ni..penat tu memang penat lah pape pon thanks cik rimau sebab sudi men'tag'kan blog aku ni..

   

Bercuti lagi

Salam semua..ermm..dah tiga hari aku tak jengguk blog aku ni,yelah aku dengan family pergi berjalan sampai ke lumut tu ha.Hari sabtu pagi kami semua dah bergerak sampai hari isnin baru aku sampai kl,tu pon sampai umah pkul 8 lebih tadi..ikt kan malas je nak pergi kerja hari ni tapi pikir2 tak pelah bukan nya penat sangat pon kan lagipon bukan aku yang drive..hahaha..hari tu yang aku pergi bukit merah ni memang satu family pergi kan tapi kali ni hanya family kak long aku sahaja yang ikut jadi tak ramai lah kan.

Kali ni aku pergi sana best tak ramai orang sangat,jalan pon ok je tak ada jem pon, memang lancar jelah..tapi yang tak bestnya malam tu ktorang nak pergi makanlah kan lepas tu singgah lah makan dekat satu kedai ni memang ramai lah kan dah macam biasa amik oder lah..nak ikan tapi semua ikan dah habis katanya jadi kak long aku oder apa yang adalah kan.1 jam berlalu makanan masih tak dapat2 lagi tau memang dah angin ar masa tu,alik2 dapat lauk sikit je sebab dia nak dahulukan lauk dekat family yang lagi ramai dari family aku..adoii mne boleh macam tu kan sapa cepat dia lah dapat dulu kan,memang macam hampeh lah kedai tu.

Takpe2 malas nak cerita panjang jadi layan jelah gambar2 yang aku upload kan ni ye.Tak banyak sangat tapi boleh lah kan.

masa ni dalam keta
tgk anak buah aku tido kat bantal aku jgk dia nak bedal..


ada lagi sebenarnya gambar aku kat sana tp yang ni hanya yang ada kat hp aku je yang selebihnya dekat camera nanti-nanti aku upload lagi k.

p/s:sungguh menenagkan fikiran aku bila bercuti ni lagi2 selepas terjadi nya kes2 kat opis ni yang melibatkan aku.kalau ikutkan tak mau aku nak dok kat kl ni tau..huhuh

Friday, March 11, 2011

coklat handmade

Haa..semalam bila tension2 tu aku terus  terpikir nak wat coklat lah sebab dah memang nak buat pon cuma bila masa nak buat tu je tak berkesempatan jadi pikiran tengah berserabut tu baik aku menenagkan fikiran dengan wat benda yang aku suka dan minat.




taraa..tulah hasil2 coklat yang aku buat sendiri tau.dalam tu aku letak jem blueberry dan hasilnya..nyammmmm..sungguh sedap tau..

Thursday, March 10, 2011

salah aku ke??

selamat malam..serius apa yang aku nak ceritakan ni adalah satu kes besar buat aku lah kan..uwaaa..belum pape aku dah rasa air mata ni nak mengalir je tau,serabut,susah hati,pening,serba salah dan bermacam2 macam lagi lah yang boleh digambarkan perasaan aku sekarang ni.


Petang tadikat opis aku dah timbul satu masalah yang besar lah jugak dan melibatkan diri aku ni ha..tadi pegawai aku bagi tau yang satu laporan penilaian prestasi dari bahagian RND telah hilang dan lagi yang membimbangkan aku adalah pap yang hantar penilaian tu cakap aku yang dah terima borang tu yang di simpan dalam kotak..aku sendiri pon teramat lah pasti bahawa aku tak ada terima pape kotak pon dari bahagian RND tau..bersumpah bagai aku tadi tau,yelah aku mestilah nak bela diri aku kan,lagipon aku memang tak ada terima pape kotak pon.


Macam mana aku nak tempoh hari besok ni.'ya allah mitak2 lah borang tu memang ada kat opis aku'target ktorang besok nak tengok dalam bilik bos je dan harap2 sangat lah ada.Dahlah aku tak ada idea nak tulis apa lagi pon pikiran aku tengah tak tenteram ni.tunggu besok jelah ye..


p/s:ada jugak aku tak dapat tido lena malam ni..

macam-macam cerita

Selamat tengahari,dah makan ke??aku?dah makan pon..eheheh..erm cerita yang mana satu ye aku nak mulakan ni,tak adalah banyak cuma nak share je.Pagi tadi ada orang jualan datang opis aku nak promot barang jualan mereka tu,namanya 'slimming massager'.Aku ada satu kat umah tapi dia pnye jel tu ada dua je yang orang ni jual ada 4 tetapi tetap dari jenama yang sama iaitu 'silklite'.Fungsi dia macam urut2 gitu lah kan.

Lagi satu cerita ni,hari ni kat opis aku ada wat Perhimpunan Bulan tau tapi aku tak pergi lah sebab masuk 8.30 kan jadi aku tak taulah cerita apa kan yang berlaku cuma yang aku nak share sekarang ni tadi bos aku ada mesyuarat pagi tau,lepastu dalam pukul 12.30 tibe2 je dia dah sampai kat opis yang aku ni dahlah tengah makan..huhuh..tapi tak apalah dan yang memelikkan aku adalah kenapa mata dia merah?menangis ke bos aku ni?haa..sekali aku tgk dia pon lain macam je dah sah2 dia kene hentam masa mesyuarat pagi tadi..pasal apa kena marah aku tak taulah sebab aku tak ada dalam meeting tu.

Sampai je opis terus dia kata 'orang lain tak wat kerja tapi i plak yang kena marah!i dah bosan kerja kat sini,i nak halfday hari ni!'Peh aku nak tegur dia balik pon takut tau kang tak pasal2 aku pulak yang kene sembur..hahaha..Tapi bos aku ni jenis kalau dia kene marah dia tak akan marah orang lain tapi tak taulah kot2 lama2 nanti kan.

Sekarang ni aku rasa macam dah jadi tegang plak kat SSM ni takut je bos mengamuk nanti aku yang PA dia ni lah lagi takut sebab dekat dengan bilik dia kan..uwaaa..pape pon kita tunggu besok jelah bos aku tu macam mana.

p/s:sakit badan belakang aku ni nasib ada beli slimming massager..hehehe

Wednesday, March 9, 2011

kenapa aku suka warna 'PINK'

Hari ni aku nak bercerita mengenai warna kesukaan korang2 semua..mesti setiap individu mempunyai warna kesukaan kan.tipu lah kalau sesiapa yang kata tak tu.Aku??sesiapa yang mengenali aku sama ada rapat atau tidak rapat mereka2 mesti tau bahawasanya aku ni adalah peminat warna PINK yang teramat-amat sangat hingga kan hp aku pon warna PINK tau,ala yang hp murah nokia (murah ke?) c3 warna PINK tu kan.


Apa pandangan korang mengenai warna PINK ni??Kalau tanya aku,bila aku pandanh je warna PINK ni terasa aman,tenang dan membolehkan aku merasa gembira dengan sendirinya..waaa..sampai begitu sekali kan pandangan aku mengenai PINK..hahaha..lagi pon warna PINK ni sungguh sinonim dengan wanita kan dan jangan tak tahu warna PINK ni jugak dapat permintaan dari kaum hawa.Bagi aku lah kan apasalah nya diorg nak minat warna PINK pon,sebab fikiran masyarakat kita ni dah terkunci tau asal nampak laki pakai baju atau yang berkaitan PINK mesti nak cakap diaorang tu lembut lah,bapuk lah dan bermacam-macam lagi.Adoii tak pape lah diorg ni kan.Tapi tak kisahlah dah mulut orang kan kita ni tak berupaya nak tutup kan jadi dengar dan jangan layan jelah ye..huhuh..


Nah aku bagi sedikit info mengenai sifat-sifat orang yang suka warna PINK ni..kita tengok sapa yang kena :-



  • warna ini melambangkan seorang yang romantik,feminim.
  • warna ini jugak mendorongkan sesorang itu kearah kepasrahan,penyerahan,kesempurnaan,keayuan dan kesantunan.
  • seorang yang penyabar dan kadangkala ada jugak anginnya.

Tapi semua tu kita bukan boleh percaya 100% kan,kadangkala ada yang berkaitan dengan sikap kita kadangkala tak ada kene mengena langsung dengan kita kan jadi bak kata orang dulu2 'kalau tak kenal maka cinta tak gitu ye'

p/s:aku ni semua barang aku baik dari sabun mandi,shampoo,pencuci muka,dan sebagainya warna PINK sesahaja tau..jangan jelus.