Followers

Saturday, March 5, 2011

Kenangan hidup ku

Selamat pagi..hari ni aku nak cerita mengenai kenangan hidup aku..tah macam mana imbauan dahulu aku terkenang kembali.Semalam mak aku kemas kan laci almari  bilik aku tu sebab anak buah aku pakat wat main barang2 aku tu.Benda pertama yang aku jumpa adalah tiket bus dari muar ke kuala lumpur..ermm..terus aku teringat kisah aku dengan bekas bf aku tp tu aku tak kisah sangat lah dan aku pon dah buang tiket tu..huhuh..

Lepas tu aku buka fail2 lama aku,untuk pengetahuan korang aku ni bekas pelatih program latihan khidmat negara jadi aku pon buka lah fail yg berkenaan dan terjumpa lah satu surat dari kawan aku yg duduk kat sarawak,bila aku baca balik surat tu terus rasa sedih dan rindu sangat dekat kawan-kawan PLKN aku tu.Yelah 3 bulan bersama diorg banyak sangat kenangan manis dan pahit aku disana.Aku mula belakajar berdikari,mula menjadi seorang yang peramah,mula menghargai orang2 yang berada disisi aku.kawan-kawan aku guru-guru disana lah menjadi pengganti ibu bapa aku,menangis bersama,ketawa bersama dan segala2 nya bersama sehingga aku menjadi rapat dengan mereka semua.

ni aku dengan kawan2 satu domm+budak sarawak
jalan2 dengan kwn kl kat bandar sibu
ni lah kawan aku rozi mmber pertama yang aku jumpa kat LCCT dan kebetulan sama tarikh lahir,bulan dan tahun yang sama dengan aku

Aku dipanggil unutk mengikuti PLKN utk siri ke-2/2007.mula2 dapat surat memang aku tak nak pergi mesti sapa2 yg pernah join plkn ni msti merasai benda yg sama kan..masa tu nak spm aku tau yang aku kena pergi plkn memang lepas tu aku resah je.Aku start masuk bulan 3 hingga bulan 6.selesai je spm,aku dan mak aku pon mula membeli barang untuk keperluan aku disana dan hari semakain menghampiri masa untuk aku berangkat kesana tp aku tak ingat tarikh aku lapor diri cuma aku ingt bulan 3 sahaja.

Pada malam aku kena pergi tu..aku harus datang ke bukit jalil untuk mendaftarkan diri,ramai sangat peserta2 yang kena satu tempat dengan aku.Lebih kurang pukul 9 habis aku mendaftar dan cikgu2 suruh aku pergi naik bus untuk ke lcct,masa tu memang aku nagis jelah..belum masuk kem ktorg dah kne marah cikgu tu cakap suruh peserta yang letak beg sendiri di dalam perut bus tp abg ipar aku buat tak tau je dia masuk kan jugak beg untuk aku..yelah beg tu dahlah berat memang tak larat aku nak angt yg masa tu berat aku 42 kg je.

Aku pon terus salam mak aku dan semua family aku.semua menangis dan memang hati aku ni meronta-ronta tak nak pergi.sampai sahaja aku di lcct aku terpaksa merahmahkan diri untuk mencari kwan dan aku pon kenal ngn rozi,jalilah dan amar.Dipendekkan cerita memang keadaan di sana best sangat walaupon mula2 aku tak nak pergi.Latihan nya agak memenatkan jugak..bangun 4.30 pagi dan tido pukul 11 malam tp ketua PLKN aku kat sana sporting sgt..dia cakap dengan kawan-kawan aku kat sana yang aku ni peserta paling happy sgt..mcm kanak2 riang kot..hahaha..

Selama 3 bulan disana aku pandai cakap sarawak dan aku memahami bahasa sarawak..bestkan.aku belajar masak ayam dalam buluh mengikut tradisi orang sarawak masa pembelajaran dalam hutan dan kne tido dalam hutan lagi.pastu aku tak sangka plak aku ni ada secret admire upanya..huhuh..sorang budak sarawak dan sorang lagi budak kl..aku ni dengan budak laki memang tak tergur sebab yelah malu kot tp bila aku dah kenal ngn syuk ni secara tak langsung aku berkawan dengan budak laki lain jugak.


Dahlah aku rasa kalu aku nak cerita semua kompem orang pon boring nak baca kan.Jadi keselurhanya aku rasa hapy dekat kem junaco park,sibu sarawak..bersama kawan2 dan guru2 yang best dan menjaga kami dengan baik.


p/s:apa pon aku tetap rindu dengan korang dan kenangan aku 3 bulan di kem junaco park tak mungkin aku lupakan sebab itulah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku..

2 comments:

Unknown said...

wah, imbas kembali ek..hihi

Meteoragurlz said...

a'ah..tibe2 je teringat balik..hhuh..