Followers

Wednesday, November 30, 2011

Kisah persaraanku..




Selamat malam semua..dah makan ke??ermm..makan apa lah tu kan meh bg kat aku sikit lapar lah..heheh..Macam yang sedia maklum hari ni adalah hari terakhir aku di JPBD disebabkan contrak aku telah tamat tempoh, jadi selepas ni aku jadi suri rumah sementara lah pulok..hahah..

Dengan rajinnya pagi-pagi aku dah bgun masak spageti goreng dan aku telah membuat 
kek coklat untuk dijamu oleh staff SSM

dah tinggal suku..


tgk kek aku ni ada rekahan plak..buruk!!


Rekahan 2 terjadi sebab masa aku nak alihkan kek ke papan 2 dia boleh retak plak..adoii..spoil btl lah tapi tak kanlah aku nak buang kot apa lagi belasah jelah labu janji ada rupa sikit dan boleh makan..hahaha..

Berbalik pada cerita asal tadi, pagi 2 kan dah makan spageti semua lepas tu dalam lunch time plak diorang ada buat majlis perpisahan untuk aku macm terkejut lah jugak kot..hihi..disebabkan big bos tak ada cuti bersalin so cik kema lah menjadi penggantinya..diorg bagi ucapan lepas tu aku pon kena berucap sikit, tiba2 hati 2 jadi sebak tapi tahan je aku malas lah nak nagis2 ni..huhu..nasib air mata ni boleh tahan kalau tak ish2! memalukan je..hehe..lepas tu ada makan2 dan aku telah mendapat cenderahati iaitu sepasang baju kurung..terima kasih lah warga SSM ye..

makanan yg enak2..

bos tecik SSM..

eo ssm...nita

fika..budak practikal

warga wanita2 SSM


Masa pon berlalu dan jam pon dah pukul 5.30, masa untuk aku berangkat pulang dan meninggalkan tempat aku mencari rezeki lebih kurang 2 thun lbih bersama kenangan2 pahit dan manis aku bersama mereka..agak sedih sebenarnya dan aku memang tak dapat nak menahan air mata dari terus mengalir,masa tu pelbagai perasaan bercampur sebak,sedih,rindu,risau semua macam sebati dalam diri aku masa tu..salam2 dan yg paling sedih bila cik kema seperti hendak menangis dan aku telah  ternampak air matanya sperti bertakung,tiba2 aku rasa seperti dihargai oleh mereka2 yang tertentu..

Pasti selepas ini aku akan merindui suasana di JPBD walaupon opis nye yang seakan-akan asrama dan jauh terpencil tetapi disanalah telah terciptanya segala kenangan pahit manis,ilmu dan pengajaran yg aku perolehi..terima kasih jugak kepada mereka yang mendoakan kejayaan aku dihari yang mendatang kelak,semoga kita akan berjumpa lagi dan semoga persahabaan kita ini tidak akan terputus..

p/s: mood tengah sedih lagi kot..huhu..dan masih risau mencari pekerjaan..

No comments: