Followers

Friday, November 25, 2011

Apa lah nasib aku lepas ni???

                                       

Ya allah....lama gila kot aku tak jenguk blog aku ni..adoii..cian lah pulak kan bukan nye aku tak ingat kat blog syg ni, ingat tapi bila nak buka tu macam tak ada semangat je tau.Lagi-lagi nak hujung-hujung bulan ni kan macam-macam benda aku nak pikir..masalah..masalah..masalah..tapi tak baik kan merungut macam ni..huhuh


Hujung bulan ni last aku keja sebab nye kontrak aku dah tamat dan tak akan disambung kan seperti sebelum-sebelum ini,tak apalah mungkin sampai sini sahaja rezeki aku dekat opis gomen ni..diam tak diam dah 2 tahun jugaklah aku bekerja disini..kejap je rasanya masa kan..aku macam rasa baru je aku masuk kerja pas2 aku dapat kerja dengan Mr.dia tup-tup sekarang Mr.dia pon dah dapat kerja lain dan semakin jauh dengan aku,kerja pon dah nak habis kontrak..waaaaa...memang membuatkan aku menitiskan air mata lah..dengan sapa aku nak luahkan??semua orang tya aku tak cari kerja ke tak isi spa ke??kdg2 aku rimas bila org tya mcam tu.Aku tau niat diorg baik nak amik berat pasal aku mgkin, tp bila dah selalu tu aku jadi rimas,mustahil lah selama ni aku tak berusaha cari kerja,mohon kerja hari2 aku buka kat mudah tengok kerja kosong cari sana cari sini tapi tulah rezeki tu belum sampai lagi kat aku ni..


kursus kat pangkor ngn Mr.dia


Sepanjang aku kerja kat sini banyak benda yang berlaku dan banyak benda jugak yang aku dapat belajar dari sikap setiap manusia di opis aku ni,macam-macam ragam dan kerenah biasalah dah nama manusia kita semua tak ada yang sempurna kan,tapi kenangan bekerja dengan Mr.dia yang paling BEST!!hahahah..macam mana dia mula datang interview lepas tu Mr.dia diterima masuk dan masa memang ktorang tak ngaku pon yang ktorg ni couple..hahaha..bukan apa aku macam segan lah pulak kan tapi lama-lama tu memang tak boleh nak simpan lah diorg tau jugak..hahah..kelakar je masa tu.Ada benda jugak yang aku ingat sampai sekarang masa Mr.dia interview,Mr.dia telah di temuduga oleh bos aku masa tu melayu lah dah siap interview datin tu keluar dan dia bercerita macam ni ' ada sorang tu  mazlan nama dia,sy tya kenapa stop belajar?lepas tu boleh dia jawab sebab nak tolong mak dia sebab adik dia dapt smbung belajar kat u sabah'.Datin tu cerita dekat semua staff dan aku salah sorang nya,memang dalam hati aku kata kuang ajar btl pompuan ni dah tak geti nak hormat orang langsung.


Mana tidak nye aku lebih kenal Mr.dia aku 2 lebih dari datin tu,memang Mr.dia aku tak dapat smbung belajar sebab dia nak tolong adik dia yg no 2,cuba korang bayangkan dia anak sulung dan adik-adik bawah semua belajar lagi,adik no.2 dapat smbung kat sabah memang kena pakai banyak gila duit lah kan lepas tu tak dapat PTPTN lagi lah kena banyak pakai duit so dia sebagai abg sulung memag rasa bertanggungjawablah kan nak tolong adik dia tu,mmg aku tak boleh terima kata-kata datin tu, mentang2 ko datin ko nk cakap orang mcm tu mcm ko tau susah senang hidup orang tu kan.Tapi aku kagum dengan adik beradik Mr.dia ni semua otak geliga2,masa aku kenal Mr.dia dia tengah belajar dkt UiTM S.A dia amik ijazah dalam art desing lepastu adik dia no 2 dapat smbung belajar diploma kat sabah kalau tak silap aku macam ada dokter2 sikitlah dan adik no.3 dapat tawaran smbung kat mesir yg universiti popular kat sana tu tapi orang kmpng bukan nye hidup senang kan tak dapat lah pergi belajar kat U tun hussein onn je.Kdg2 segan aku ngn family Mr.dia ni kalau nak dibandingkan dgn aku mmg jauh ketinggalan lah..hahaha..


Banyak pulak aku merepek kan, jadi sekarang ni mungkin aku akan jadi penganggur yg berjaya..hahaha..sambil2 tu aku cari lah kerja jugak mana boleh tak jadi ke ada sapa2 nak bagi aku tawaran kerja..hahaha..doa2 kan aku cepat dapat kerja ye..


sbhg staff SSM





No comments: