Followers

Monday, October 10, 2011

Tak tau nak update apa???

Assalamualaikum..

Hai kepada sesiapa yang sudi menyinggah blog saya ni..heheh..sejak dua menjak ni aku macam tak ada idea lah nak update pape dan penyakit kemalasan aku telah melanda, bukan setakat aku tak berapa rajin nak update blog nak buka internet pon aku malas...kahkahkah..malas nye ko ni ila kan..well,nak buat macam mne kan..


Tiba2 baik hati aku nak shared kan link cerita bini-bini ku ganster,sebab tadi terbuka satu blog ni dia pon shared kan link download so aku pon shared kan lah banyak2.Aku tak sempat nak tengok cerita ni sebab rasa tak ada masa lah pulak kan,ramai kata yang best dan ada jugak yang kata cerita ni biasa-biasa je,ala adat lah 2 kan citarasa masing-masing memang berlainan..dahlah tak nak cerita banyak aku serta kan link downlod mediafire dan sinopsis nya sekali k..


Sinopsis :
Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.
Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja :)
Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.
Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam

Download link :
 

p/s: selamat mendownload, kredit ohdownload.net

No comments: