Followers

Thursday, October 20, 2011

Betul ke perkhabaran ni??

Assalamualaikum..

Sungguh sejuk dan dingan di pagi khamis ni kan,ada sesiapa yang berstatus pekerja kontrak bagi penjawat awam tak??Al maklum aku ni pon salah sorang pekerja awam yang bersatus kontrak/sambilan dah lebih kurang 2 tahun lebih lah tp bajet tahun lepas mengatakan pekerja sambilan akan ditamatkan pada bulan disember tahun ni,jadi lagi berapa bulan je 2 kan..sekarang ni bukan senang nak cari kerja kan,aku pernah lah pergi interview bape kali tapi belum rezeki lagi lah.

Pagi tadi akk kat opis aku ni dia bagi tau pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali CUEPACS akan memberi cadangan kepada PM supaya menyambungkan lagi kontrak paling lama 2 tahun lagi.Bgus jugak 2 aku dengar kan tak pon buat interview kepada untuk pekerja sambilan ni kalau ok serap jelah tetap ada jugak puas hati kan ni tak ada yg kerja dah 5 6 tahun tapi tetap berstatus sambilan.Kalau nak tau lebih lanjut aku ada copy kan disini lah ye.

Sumber : CUEPACS

CUEPACS MOHON KERAJAAN TIMBANG LANJUT PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK

Bernama
19/10/2011

KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Beliau berkata tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam tersebut yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu sahaja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan.

SAMBUNG KONTRAK PEKERJA

Sinar Harian
19/10/2011

KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau menerima aduan dari pelbagai agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa semua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

Menurutnya, kakitangan terbabit dimaklumkan bahawa kontrak mereka yang bakal tamat penghujung tahun ini tidak disambut seperti biasa.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dan menyambung semula kontrak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir taklimat isu semasa dan dialog di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Omar berkata, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka yang terlibat.

“Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka untuk tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi kerana kebanyakan penjawat awam ini berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti dari kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang gred 41 iaitu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat dan staf kontrak dari Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

“Saya bimbang jika kontrak kakitangan ini tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga,” katanya.
 
P/S: aku harap kenyataan lah ye permohonan ni.Haaa..pagi tadi kan muka aku kuar tv dekat MHI tp tak sempat nak tengok lah..haahah

2 comments:

Miz Wanie said...

aku rasa better kalau dorang amik pekerja kontrak diserapkan ke tetap walaupun b'status kontrak dorang da lama b'kerja dan tahu cara2 membuat kerja. Renung2kan lah dan selamat beramal. hee. :P

Meteoragurlz said...

2 lah..kalau rse x nak serap mcm 2 buat lah temuduga ke kan..ermm..harap2 adalah rezeki..