Followers

Monday, December 13, 2010

`Tart Telur`

Erm..semalam aku ada buat tart telur..nyam2 mmg jadi pon aku buat tp aku x letak dalam cup dia aku bakar je semua dlm oven 2..sempat amik gmbr nie je tau..huhuh..



 kat bawah nie aku sertakan sekali resepi tart telur nie kot2 ada sesiapa yg nk mncuba di rumah ke kan..


`Tart TeluR`

Bahan untu pastri


2 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
1/g garam
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cwn butter/mentega
1 biji telur


Bahan untuk filling


1 cwn susu cair
4 biji telur
1 cwn gula halus
1 cwn air(tp aku ltak separuh je)
1 sudu besar tepung kastard
1/2 esen vanilla


Cara-cara

1.Untuk buat pastri : masukkan tepung,gula,baking powder dan garam dalam mixer atau nk guna tangan pon blh.sebatikan
2.Masukkan butter/mentega.sebatikan
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tunggu hingga menjadi doh.
4.Untuk buat Filling plak : pukul gula dan telur kemudiaan masukkan semua bahan filling td ke dalam bahan tadi.kcau sehingga sebati.
5.Tekan doh ke dalam bekas tart/pie dan bakar dalam 5 minit dahulu kemudiaan baru masukkan filling ke dalam acuan td bakar dalam 20 minit atau dah nmpak kekuningan 2 kira dah masak lah ye..


:.SELAMAT MENCUBA YE.:


Yang kat bawah nie aku baru pas masak tadi so klu korang blh rse mmg panas lg lah..sbb ada kwn mak aku nie tempah..dia suh aku wat,dah org nk aku watkan jelah..


No comments: